Saturday, May 5, 2007

Pengirim Ros Merah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Setiap Kali Ku Terima
Ros Merah Ku Pasti Akan
Menghiasinya Di Bilik Tidur Ku
Tanpa Ku Tahu Siapakah Pengirimnya...

Ku Tidak Peduli Siapa Pengirimnya
Kerana Ku Tahu Niatnya Pasti Baik
Ros Merah Menandakan Dia Ingin
Mengenali Ku Dengan Lebih Dekat Lagi...

Tetapi Ku Tidak Menyangka
Bahawa Pengirim Ros Merah Itu
Adalah Seorang Kawan Yang Tidak
Pernah Tepati Janjinya Pada Ku...

Tapi Pabila Ku Fikir Kembali
Biarlah Kerana Ku Ingin Membuang
Yang Keruh Dan Mengambil Yang Jernih
Akhirnya Kami Bersatu Seperti Dahulu

Dan Sikapnya Berubah Seratus Peratus
Tidak Seperti Dahulu Lagi...

Tak Pernah Ingin

Aku Tidak Pernah Ingin... Terlalu Mengenalmu

Aku Juga Tidak Pernah Ingin... Terlalu Menyukaimu

Aku Hanya Mencuba Untuk Terus Mengenalmu

Sama Sekali Ku Tak Ingin, Semuanya Menjadi Terlalu

Aku Tak Pernah Ingin... Terus Mengingatimu

Aku Juga Tak Pernah Ingin... Terus Mengharap Dirimu Akan Muncul Didepan Ku

Aku Hanya Biarkan Hatiku Berbicara Tentang Apa Yang Ada

Saat Ini... Semua Terjadi Di Luar Keinginan Ku

Mungkin... Tak Selayaknya Ku Mengingatimu Lagi

Tapi Tetap Saja Namamu Melingkari Di Fikiran Ku

Setiap Aku Terbayang Akan Dirimu Dengan Sekuat Minda Ku Cuba Untuk Melupakanmu

Friday, May 4, 2007

Rahsia Dalam Diam

Ku Diam Bukan Bererti Ku Bisu
Ku Diam Bukan Bererti Ku Tuli
Ku Diam Bukan Bererti Ku Tidak Geram
Ku Diam Kerana Ku Tidak Mahu Mencari Kesalahan Orang Lain
Ku Diam Agar Tuhan Menunjukkan Kebenarannya

Walau Hati Terasa Perih
Ku Harus Singkirkan
Perasaan Geram Di Dalam Hati
Agar Ianya Tidak Bertambah
Menjadi Dendam

Itu Yang Amat Ku Takuti
Kalau Dendam Ada Di Dalam Hati
Pasti Tuhan Tidak Akan Memaafkan Ku


Hati Menjadi Lapang Pabila Perasaan
Geram Itu Tiada Di Dalam Hati
Tetapi Perasaan Kesal Tetap Berbekas
Di Hati Walau Sebanyak Mana Rayuan
Dan Kemaafan Yang Diungkapkan
Tetap Tidak Dapat Menghilang

Kerana Menghormati Akan Mereka
Ku Cuba Untuk Tidak Mengambil Hati
Akan Kata Kata Mereka
Agar Suatu Ketika Mereka Akan
Sedar Kesilapan Mereka Selama Ini...


Saudara Ku

Saudara Ku
Aku Tidak Menghalang KepergianMu
Bersama Teman Teman
Tetapi Jangan Lupa Akan Tanggung JawabMu
Yang Bakal Tiba

Saudara Ku
Aku Tahu Kadangkala
Kau Rasa Bosan Pabila
Berada Dirumah Tanpa
Ada Sesiapa Yang Dapat
Mengajak Mu Berbicara

Tetapi Ku Ingin Mengingatkan Mu
Agar Berhati hati
Pabila Keluar Bersama
Dengan Teman temanMu

Saudara Ku
Aku Amt Menyayangi Mu
Walau Kita jarang Berjumpa
Kau Selalu DihatiKu

Kadangkala Pabila Ku Tidak
Mendengar Khabar Mu
Kerisauan Menghimpit Hati
Tapi Pabila Ku Ingin Bertanya
KhabarMu Terasa Mengganggu
DiriMu Yang Mungkin Sedang Sibuk....

Sikap Yang Sukar Untuk Di Fahami

SikapMu Yang Kadangkala
Membuat Ku Runsing
Adakalanya SikapMu Itu
Menceriakan HatiKu &
Adakala SikapMu Itu
Amat Menyinggung HatiKu...

Tapi Pabila Ku Perhatikan
Kesemua Sikap Mu Itu Bukan
Di Tuju PadaKu Tetapi...
Entahlah Hanya Tuhan Saja
Yang Tahu Apa Yang Bermain Di FikiranMu...

Ramai Yang Ku Kenali
Telah Mengenali DiriMu
Tetapi Ku Tidak Pernah Bertanya
Kepada Mereka Akan Perihal Mu
Kerana Itu Bukan SikapKu...

Apapun Biarlah Kalau
Kau Bukan Untukku
Ku Yakin Tuhan Akan Melupakan
Dalam Ingatan Ku

Pertama Kali Kecemburuan Ku Datang...

Di Hadapan Ku
Kau Seperti Seorang Yang Pemalu
Tetapi Pabila berdepan Dengan
Seseorang Kau Begitu
Rancak Dengannya

Pertama Kali Ku Rasa Sedikit
Cemburu Akhirnya Ku dapat
Tepis Sikap Itu Di Dalam DiriKu
Walau Sekarang Tidak Melihat Mu

Ku Yakin Kau Sentiasa
Bahagia Disisi Yang Tersayang
Pabila Teringat Keadaan Ku Waktu Itu
Amat Melucukan Kerana Itulah Pertama Kali
Ku Rasa Cemburu Pada Seseorang

Alhamdulillah Sekarang Kecemburuan
Itu Tidak Ada Di Dalam Hati Ini
Hanya Ku Cemburu Pabila Tiada Seseorang
Menemani Ku Berbicara...

Yang Ku Cinta

Pada Ku Cinta Pada Seseorang Jatuh Pada Tangga Terakhir..

Pertama Kerana Ku Lebih Bahagia Mendalami Cinta Kepada Allah..

Kedua Kerana Ku Lebih Bahagia Cinta Kepada Keluarga Terutama Sekali Mak & Abah..

Ketiga Kerana Ku Lebih Bahagia Cinta Kepada Diri Sendiri Untuk Memperbaiki Akhlak Ku..

Keempat Kerana Ku Lebih Bahagia Cinta Kepada Pelajaran..

Kelima Kerana Ku Lebih Bahagia Cinta Kepada Rumah Ku Yang Ku Anggap Syurga Ku..

Keenam Kerana Ku Lebih Bahagia Cinta Kepada Kerjaya yang Akan Ku Capai Suatu Hari Nanti..

InsyaAllah...

Jasa Mak Abah Yang Tak Dapat Kulupakan

Perasaan Ku Selama Ini
Hanya Memikir akan pelajaran
Ku Tidak Mahu Mengecewakan
Mak & Abah

Segala Jasa Jasa Mak & Abah
Selama Ini Takkan Ku Lupakan
Ku Tidak Mahu Mensiasiakan
Atas Jerih Payah Mak & Abah Selama Ini

Mak & Abah Walau Kekadang
AnakMu Ini Degil Dan Manja
Tetapi Kasih Sayang Ku
Pada Mak & Abah Amat Mendalam

Walau Apa Yang Datang
Sekalipun InsyaAllah
Kasih Sayang AnakMu Ini
Tidak Akan Luntur

Setiap Seusai Solat
Ku Puhon Doa
Agar Mak & Abah
Sihat, Panjang Umur &
Dikasihi Oleh Allah Atas Mendidik Ku
Dari Kecil Hingga Sekarang Ini...

Pilihan Tanpa Dicari

Kesetiaanku Tidak Pernah Luntur
Kasih Ku Tidak Pernah Berkurangan
Tetapi Mengapa Kau Melanggar Janji
Pada Ku Hingga Begini Jadinya...

Ku Kesal Akan Sikap Kau
Yang Suka Mencari Kesalahan Orang Lain
Tanpa Kau Disisi Ku
Ku Boleh Bhagia...

Dengan Ketabahan Ku
Tanpa Kau
Ku Merasakan
Lebih Bahagia...

Ku Temu Dengan Seseorang
Dengan Ketulusan Hatinya
Menerima Ku Tanpa Ada
Sikap Seperti Kau Dahulu...

Kebahagian Yang Ku Dapat
Sekarang Ini Amt Ku Bersyukur
Akan Ketabahan Ku Tuhan Telah
Mempertemukan Ku Pada Seseorang
Yang Tulus Hati Budinya...

Selalu Ada Disisi Ku

Susah Senang Ku
Kau Selalu Disisi Ku
Tanpa Seorang Yang Peduli Pada Ku
Kau Selalu Menghiburkan Ku


Dengan Usikkan Kau Itu
Dapat Mengubat HatiKu Yang Sunyi
Kau Pernah Berkata
Walau Kau Berjauhan DariKu

Kau Selalu Kata Kau Ada Di HatiKu
Tetapi Pabila Ku Berjauhan DariMu
Kau Selalu Kata Kau Merindui Ku
Tanpa Sebab Munasabah

Kau Menghilangkan Diri DariKu
Pabila Ku Mendapat Khabar Berita Mu
Rupa Rupanya Kau Telah Pergi
Menemui Maha Pencipta
Kesedihan Bertandang Di HatiKu
Pabila Terkenang Akan Kau
Walau Begitu Iringan Doa Ku
Sentiasa Untuk Kau
Agar Allah Mencucuri Rahmat
Ke Atas RohMu...

Kekecewaan Tlah Mendekatkan Ku Pada Ilahi...

Ku Ukir Nama Mu Di Dalam HatiKu
Agar Suatu Hari Pabila Kau Bertanya
Padaku Siapakah Yang Berada DihatiKu
Akan Ku Jawab Bahawa Nama Mu Selalu Di HatiKu

Keyakinan Ku Hampir Luntur
Pabila Ku Mendapat Tahu
Hatimu Tidak Pernah Ada Nama Ku
Ku Rasa Bagai Bulan Menghempap DiriKu

Baru Ku Sedar
Selama Ini Hanya
Ku Saja Yang Bertepuk
Sebelah Tangan

Kekecewaan Ku Tidak
Ku Perlihatkan Pada Mu
Kerana Ku Tahu Kau Hanya
Menerima Ku Sebagai teman

Ku Dekatkan Diri
Pada Yang Maha Esa
Agar hati Tetap Lapang
Tanpa Memikir Akan Hal Itu Lagi...

Wednesday, May 2, 2007

Kesetian Padamu Kawan

Kawan Tanpa Mu Sunyi Aku Disini
Kawan Tanpa Nasihat Mu Hilanglah Sokongan Ku Selama Ini
Kawan Tanpa Kasih Sayang Mu Rindulah Aku Menanti
Kawan Tanpa Mu Disisi Keceriaan Ku Tidak Akan Seperti Dulu Lagi...

Kawan Kemana Menghilang Selama Ini
Kawan Tidak Sudi Lagi Kah Untuk Berkawan Dengan Ku
Kawan Setiap Hari Ku Berdoa Agar Kita Dapat Bertemu Kembali
Kawan Janganlah Melupakan Ku...

Sahabat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kejujuran Mu Telah Membukakan Pintu Hatiku
Agar Menerima Mu Sebagai Seorang Sahabat
Keikhlasan Mu Menerima Ku Seadanya
Telah Membuat Ku Rasa Bersyukur Akan Kehadiran Mu...

Ku Hormati Akan Sikap Mu
Yang Tidak Mementingkan Diri
Ku Berdoa Agar Dirimu Sentiasa Membimbing Ku
Ke Jalan Yang Benar...

Ku Tahu Akan Sikap Mu
Yang Tidak Suka Menunjukkan Diri
Tetapi Atas Kebaikan Seorang Sahabat
Ku Yakin Dirimu Mampu Melakukannya...

Tiap Kali Ku Dengar Nasihat Mu
Yang Kadang Kala Tegas Dan Ceria
Amat Ku Hargai Kerana
Kesabaran Mu Membimbing Ku...

Yang Ku Rasakan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ketenangan Yang Di Rasakan
Pabila Berada Di Tepi Laut
Melihat Langit Berwarna warni
Seperti Pelangi...

Awan Putih Berbentuk bentuk
Melapangkan Hati Pabila Melihatnya
Rahsia Yang Terpendam
Terkunci Rapat Di Hati...

Malam Mendatang Meninggalkan Siang
Langit Kebiruan Menampakkan Bulan
Terlihat Bintang Bergerak
Amat Menarik Kerlipan Cahayanya...

Kelapangan Hari Bersama Keluarga
Sungguh menyenangkan Hati
Dengan Gurauan Senda
Dan Cerita cerita yang menarik...

Kasih Seorang Adik...

Abang yang ku sayangi
Walau kata itu tidak kuungkapkan
Dirimu sentiasa dihati ku
Ku amat menghormatimu walau kekadang
Ku amat sebal sama kamu...

Memang ku tahu
itu adalah asam garam adik beradik
Kadang kala ku tidak tahan
Akan kata katamu itu...

Kalau Dirimu ada masalah
Pasti dirimu akan mencari gara gara dengan ku
Walau ku tahu dirimu ada masalah
tetapi cubalah kawal emosi pabila didepan ku...

Ku lebih bahagia pabila melihat mu
Tersenyum tanpa kemarahan
Itu amat menyentuh hati ku dan
Dapat ku lihat betapa eratnya
Hubungan abang dan adik...