Sunday, February 10, 2008

Bunda Tercinta

Glitter Graphics

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 55 Untuk Bunda Tercinta
Anaknda Doakan Bunda Sihat Wal'afiat,
Panjang Umur, Murah Rezeki & Bahagia Disisi Keluarga Tercinta..
Anaknda Tidak Ada Apa Yang Dapat Diberikan
Hanya Kasih Sayang Anaknda Terhadap Bunda..

Walau Kita Berdua Berjauhan Sekalipun
Bunda Sentiasa Terpahat Dihati Anaknda

*Untukmu Bunda N.S. *

Saturday, January 26, 2008

Teman Baru Ku

Pertama Kali Berkenalan Dengannya
Ku Kirakan Dia Sombong
Tapi Bila Dah Lama Mengenalinya
Rasa Selesa Dan Senang Diajak Berbual..

Walau Sesibuk Mana Sekalipun
Kami Sentiasa Mengingati
Antara Satu Sama Lain..

Pada Masa Lapang
Kami Akan Mengirim Email
Untuk Bertanya Khabar..

Berbagai bagai Cerita
Kami Berkongsi Bersama
Terasa Begitu Dihargai
Bila Berteman Dengannya..

Terima Kasih *Nurul Shuhada*

Jangan Semudah Itu

Jangan Semudah Itu
Menyatakan Perasaan Hati
Apabila Tidak Diterima
Mudah Sahaja Beralih Arah..

Inikah Yang Dinamakan 'Cinta'?
Pastinya Tidak Bukan
Hanya Sekadar 'Suka' Sahaja
Sepatutnya Berusaha Mendekati..

Tapi Kalau Memang Dah Bertahun tahun
Tak Berjaya Juga
Barulah Fikir Untuk Memiliki
Yang Lain..

Mengapa Harus Terburu buru
Memikirkan Perkara Ini
Masih Panjang Lagi Perjalanan
Untuk Mengejar Cita cita
Yang Sebenar.. Bukan Cinta..

Mungkin Juga Disana Sedang Menguji
Siapa Tahu Kan..

Monday, January 21, 2008

Harus Saling Memahami

Sesuatu hubungan yang erat
seperti teman,kekasih dan saudara
perlu ada tolak ansur dan saling memahami
tapi kalau kedua duanya tidak ada dalam setiap hubungan

punah lah sebuah teman,kekasih dan saudara itu..

Biar apa sekalipun yang berlaku
perlulah kita memahami keadaan mereka
tak perlulah kita memaksa untuk dia mengatakan segala bentuk hal peribadinya..

Friday, January 4, 2008

Pada 4 Januari 2008

Ucapan Ini Ku Tujukan Kepada Abang
Selamat Hari Lahir Yang Ke 26 Tahun
Adik Sentiasa Mendoakan Abang
Walaupun Adik Tak Pernah Ucapkan Didepan Abang
Abang Sentiasa Ada Didalam Hati Adik
Kalau Dahulu Ada Juga Hadiah Untuk Abang
Tapi Sekarang.. Maaf Ya.. Tak Ada Idea Nak Beli Apa..
Hehe.. Jangan Marah.. Tapi Doa Adik Tak Putus Tau..

* M.S. *

Pada Tanggal Ini Juga
Dengan Sepintas Lalu
Aku Melihat Dia Berlalu Didepanku
Pada Mulanya Aku Lihat Tidak Ada Sesiapa Disitu
Tapi Entah Dari Mana Dia Berjalan Didepanku
Sungguh Mengejutkan
Mungkinkah Ini Awal Pertemuan Kami
Pada Tahun 2008..

* Wallahu A'lam *

Menceriakan Suasana Ini

Kau Seorang Yang Ceria
Kau Seorang Yang Berterus Terang
Kau Seorang Yang Pandai Berkomunikasi
Kau Seorang Pendengar Yang Hebat
Tanpa Kau Semuanya Menjadi Sepi
Setelah Sekian Lama Kau Menyepikan Diri
Akhirnya Kau Kembali
Menceriakan Suasana Ini

Terima Kasih *Nur Atikah*

Wednesday, January 2, 2008

Teramat Menyakitkan

Menaruh Hati Pada Seseorang
Tanpa Diketahui Olehnya
Amat Menyakitkan
Apabila Terlihat Dia Sudah Berpunya
Cemburu Pasti Akan Menguasai Diri
Cubalah Untuk Melupakannya
Sedikit Demi Sedikit...

Tetapi Jangan Sesekali Merampas
Kebahagiaannya
Semata mata Kerana
Anda Menaruh Hati Padanya
Biarkan Ia Pergi Dari Hati Anda
Walau Terluka Itulah Kebaikannya...

Setiap Pasangan Sudah Ditentukan
Oleh Yang Maha Esa
Kalau Memang Di Takdirkan
Anda Berjodoh Dengannya
Itu Adalah Hadiah Teristimewa
Untuk Anda Dari Yang Maha Esa...

Harus Dilupakan

Pada Pandangan Pertama
Mata bertentang Mata
Aku Cuba Larikan Mataku
Dari Melihat Kearahnya

Fikiranku Ligat Memikir
Siapakan Gerangannya
Dia Berada Disisi Saudaraku
Yang Ulang Tahun Hari Ini

Pada Ketika Itu
Aku Harus Menghampirinya
Untuk Mengambil Sesuatu
Apabila Berdepan Dengannya
Hampir Saja Kejadian
Yang Memalukan Terjadi

Alhamdulillah!
Dengan Kuasa Tuhan
Telah Menolongku Dari
Terjadi Kejadian Yang Bakal
Memalukanku...

Setelah Selamat Mengambilnya
Aku Kembali Di Tempat Duduk Ku
Walau Jarak Kami Berjauhan
Seketika Mata Kami
Bertentang Kembali

Sempat Juga Aku Mengetahui Namanya
Dari Saudaraku
Tapi Hatiku Berkata kata
Janganlah Perasan
Kerana Aku Yakin
Dia Tidak Menaruh Apa Apa
Perasaan Terhadap Aku...

Kerana Itu...
Kejadian Pada malam itu
Harus Dilupakan..

Kenangan Indah

Kenangan Indah Pada 28 - 31 Disember
Sungguh Menceriakan Suasana Hatiku
Bila Ramai Yang Menyayangiku
Si Cilik Yang Pendiam Selama Ini
Begitu Mesra Denganku
Si Tampan Yang Malu Malu
Menjadi Peramah Denganku
Hingga Kepulangan Kami
Di Iringi Dengan Tangisan..

Yang Di Kasihi Cekalkan Hatimu
Agar Berusaha Bersungguh sungguh
Dalam Pelajaran
Moga Di Masa Akan Datang
Hidup Mu Menjadi Penuh Warna Warni..

InsyaAllah..
Semoga Kenangan Indah Ini
Dapatku Rasakan Sekali Lagi
Dalam Suasana Yang Lebih Indah..


Salam Rindu..
Siti~Firdaus~Atikah~Adam~Idris~Aiman~Khusyairi~
Anis~Nana~Sajidah~Aminullah~Rabiatul Adawiyah~
Danial Azizi~Dayana~Diyana~Aisyah~

Tanggal 15 Disember

Pertemuan Dengan Si Dia
Memang Tidak Dijangkakan
Walau Namanya Berdetik Di Hati
Aku Tidak Yakin Dapat Menemuinya
Pada Malam Itu..

Tapi Apabila Aku Berada Di Suatu Tempat
Aku Melihat Si Dia Bersama Ibu & Adiknya
Seketika Itu Juga Aku Merasakan
Bagai Ingin Pergi Dari Situ
Tetapi Ibu Bapaku
Telah Pun Duduk Di Sekitar Si Dia & Keluarga..

Itulah Kali Pertama
Aku Melihat Si Dia Bersama
Orang Yang Amat Di Cintai Dalam Kehidupannya
Pada Pandangan Mataku
Si Di Seorang Abang Yang Berdikari
Penyanyang & Amat Mencintai Keluarganya..

Walau Impian Ku Ingin Menjadi Kawan Si Dia Tidak Tercapai
Aku Sentiasa Doakan Kebahagiaan Si Dia & Keluarga..

*MH.MH.*

Monday, December 24, 2007

Awal Kelahiran Ku

Setiap Kali Teringat
Peristiwa Masa Kecil
Senyuman Ku pasti Terukir
Kadangkala Aku Ingin Sekali
Kembali Melihat Diriku
Semasa Kecil..

Semasa Awal Kelahiran Ku
Aku Tidak Dapat Gambarkan
Bagaimana Rupa Ku Pada Waktu Itu
Daripada Cerita Ibu Ku
Aku Seperti Intan Terpilih..

Setelah Beberapa Bulan Kemudian
Aku Tidak Lagi Seperti Itu
Semuanya Telah Bertukar
Sepeti Sediakala Hingga Kini..

Kejadian Itu Mungkin Juga
Kerana Kepetahan Abangku
Yang Masih Kecil
Tapi Ia Adalah
Satu satunya Kenangan
Yang Takkan Ku Lupakan
Semasa Aku Dilahirkan
Di Dalam Dunia Yang Fana Ini..

Takbir

Setiap Kali Takbir Berkumandang
Hati Akan Terasa Sayu
Tapi Itulah Sentuhan
Yang Amat Menakjubkan

Alunan Takbir Menenangkan Hati
Yang Sedang Gelisah
Ia Dapat Mengalirkan Air Mata
Yang Kadangkala Sukar Untuk Dikeluarkan

Setiap Keegoan Pasti Akan Tumpas
Bila Menjiwai Takbir Itu
Walau Dalam Keadaan Apa Sekalipun
Takbir Pasti Akan Menyentuh Hati

Anda Semua...

Saturday, December 22, 2007

Tanggal 21 December

Sukar Untuk Aku Fahami

Apa Perasaan Yang Melanda Diriku Ini

Pada Malam Itu Aku Rasa Sangat Sedih

Hinggakan Aku Mengalirkan Air Mata

Aku Tidak Tahu Apa Ini Semua

Aku Berdoa Agar Tiada Apa Yang Akan Berlaku

Pada Keluarga Ku..

Kejadian Itu Seperti Hendak Melepaskan

Apa Yang Terbuku Dihatiku Selama Ini

Tapi Aku Cuba Mengawalnya

Agar Tidak Dilihat Oleh Keluarga Ku

Kerana Aku Tidak Ingin Keluarga Ku

Susah Hati Apabila Melihat Ku Seperti Itu..

Setelah Beberapa Minit Kemudian

Keceriaan Ku Kembali Semula

Dengan Kehebatan 'Cahaya'

Yang Menyinari Waktu Ku Setiap Hari

Luahan Hatiku

Aku Sedar Siapa Diri Aku
Aku Tak Minta Dipuji
Tapi Aku Sedih
Bila Kau Menyatakan
Aku Sebegitu Rupa

Adakah Selama Ini
Aku Sperti Itu
Selama Ini
Tak Pernah Aku Tunjukkan
Sikap Itu Di Depan Sesiapa
Walau Aku Marah Sekalipun
Aku Tak Pernah
Mempamerkan Didepan Sesiapa
Kerana Aku Masih
Menghormati Orang
Yang Lebih Dewasa Dari Aku..


Pada Aku Mengapa Aku Harus
Bersikap begitu

Kerana Tak Ada Apa Yang
Perlu Aku Lakukan Sebegitu
Terhadap Sesiapa..


Adakah Kerana Bulan
Kelahiran Ku
Membawa Persepsi Sebegitu
Dan Aku Juga
Akan Jadi Begitu...


Semua Manusia
Dikurniakan Akal oleh Allah
Semuanya Boleh Diubah
Kalau Kita Tahu Mengunakannnya
Bukan Kerana
Bulan Kelahiran Itu Yang
Penuh Dengan
Perkara negatif
Sampaikan Disangkakan
Aku Juga Sebegitu Rupa..


Aku Menghormatimu
Tapi Aku Tidak Suka
Caramu Berkomunikasi
Aku Mendoakanmu
Agar Dirimu Berubah
Di Masa Akan Datang..


Aku Tidak Berniat
Untuk Sakiti Sesiapa
Tapi Inilah Luahan Hatiku
Yang Paling Dalam..


Kadangkala Aku Fikir
Kenapa Perkara Begini
Harus Berlaku Lagi
Tidak Boleh Ke
Ini Semua Berakhir

Adakah Setelah
Aku Menutup Mata
Ini Semua akan Berakhir..

Tak Mungkin..
Kerana Di Dunia Ini
Penuh Dengan
Liku Liku Kehidupan

Hinggalah
Pada Hari Kiamat Nanti
Semuanya Akan Berakhir
Bila Berdepan

Dengan Mu Ya Allah..