Friday, March 6, 2009
:Rahsia Jari Kita:
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?
*sumber di petik dari www.virtualfriends.net,
Oleh DilaDellila*
Thursday, March 5, 2009
..Sebuah Kisah Mengenai 'Pisang & Hati'..
Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid
muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."
Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
'Sumber Dari Shimi'
..Ingin Tahu Maksud Nama Bagi Huruf Pertama Nama Anda?..
Pemilihan Huruf Pertama Pada Nama Juga Adalah Penting. Berikut Sebagai Sedikit Panduan.
A: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B: Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C: Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D: Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E: Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F: Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G: Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H: Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I: Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K: Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L: Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M: Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N: Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O: Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P: Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Q: Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R: Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S: Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T: Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U: Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V: Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W: Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X: Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y: Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z: Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Adakah anda begitu? Renung-renungkan.. =D
Tuesday, March 3, 2009
..Nice To See You MF..
Dua Hari Yang Lepas Saya Terserempak Dengan MF..
Memang Saya Tak Sangka Masa Itu..
Kerana Dah Hampir 3 Tahun Saya Tak Jumpa Dengan Dia..
Akhirnya Saya Dipertemukan Jua.. Macam Biasa Reaksinya Serius Banget..
Waktu Itu Saya Nak Naik Bus 21 Begitu Juga Dengan Dia..
Semasa Didalam Bus Saya Duduk Ditempat Face To Face Dan Dia Pula Duduk Dibahagian Belakang..
Sekitar 10 Minit Berada Di Tempat Yang Sama..
Dia Turun Diperhentian Bus Eunos Cresent.. Semasa Dia Melintas Didepan Saya,
Saya Dapat Lihat Air Mukanya Tiada Perubahan Masih Seperti Dulu..
Cuma Seriusnya Aje Makin Menambah.. Hee..
Semoga Dia Bahagia Dengan Keseriusannya Itu.. ;>
Sunday, March 1, 2009
:Air D Cincang Tak Akan Putus:
Dalam Pertalian Darah Tak Semua Yang Satu Hati..
Kadangkala Suka Menyakiti Antara Satu Sama Lain..
Tak Pernah Nak Berbincang Sesama Sendiri Kalau Ada Masalah Yang Dihadapi..
Suka Sangat Ikut Kata Hati Yang Sedang Panas..
Dan Cepat Melatah Kalau Ada Yang Tegur..
Walau Saling Menyakiti Sekalipun Air Dicincang Tak Akan Putus..
Cubalah Lari Kemana Sekalipun Darah Yang Mengalir Ditubuh Tak Akan Dapat Dipisahkan..
Jadi Fikir fikirlah Sebelum Mengatakan Sesuatu Yang Akan Menyakiti Antara Satu Sama Lain..
Kerana Masalah Ini Takkan Selesai Kalau Kita Menyakiti Dan Bermusuhan Selama lamanya..
Maka Bermaaf maafanlah Sebelum Ia Terlambat..
Namun Begitu, Ego Mereka Tentu Sekali Ada, Tetapi Ia Tak Akan Bertahan Lama
Kerana Mereka Akan Merindui Antara Satu Sama Lain..
Saturday, February 28, 2009
..Trying Hard To Forget It..
Why You Must Have In My Mind..
I know This Is Not Your Fault..
But You're Really Make Me Remind Of You..
From 5 Years Im Waiting To Be Your Friend..
But I Can't Say That Because Im Really really Shy And I Don't Want To Embarrass Myself!
So Now Im Trying Hard To Forget About You..
If One Day My Fated To Become Your Friend, Im Really Gladly..
If Not It's Okay, I Can Accept It..
:Berita Terkini:
Dua Hari Yang Lepas Saya Dapat Berita Gembira Bahawa Kak Batrisya Akan Bertunang 2 Minggu Dari Sekarang..
Saya Teramat Gembira Bila Dengar Berita Itu..
Saya Doakan Semoga Semuanya Berjalan Dengan Lancar..
Ikutkan Hati Memang Nak Datang Lihat.. Tapi Apakan Daya Walau Berada Ditempat Yang Sama Saya Tak Dapat Nak Ke Sana Kerana Ada Keperluan Lain..
InsyaAllah Kalau Ada Umur Yang Panjang Kita Pasti Akan Bertemu Suatu Hari Nanti..
Akhir Sekali Harapan Saya Semoga Berkekalan Ke Jinjang Pelamin Hendaknya..
Amin..
Wednesday, February 25, 2009
Namamu Sentiasa D Ingati Walau Jasadmu Telah Lama Pergi
Nenek & Atuk Yang Amat Dirindui..
Cucumu Ini Tak Pernah Merasa Kasih Sayang Darimu
Kerana Allah Lebih Menyayangi Nenek & Atuk..
Tapi Cucumu Ini Bangga Mempunyai Nenek & Atuk Sepertimu
Kerana Kepribadianmu Yang Sungguh Murni Membuat Cucumu Ini
Lebih Mengenali Siapa Nenek & Atuk..
Dan Masih Segar Juga Diingatan Orang orang Yang Mengenali Nenek & Atuk
Begitu Juga Dengan Anak anak Nenek & Atuk..
Mungkin Kalau Nenek & Atuk Masih Ada Dsisi Kami Tentu Ramai Yang Ingin Mengenali..
Cucumu Ini Doakan Semoga Nenek & Atuk Dirahmati Allah
Dan Ditempatkan Bersama Para para Solehin Dan Solehah..
Al Fatihah Kepada:
Nek Maimunah & Tok Ahmad
Nek Zawiah & Tok Salim
Saturday, February 21, 2009
D Hujung Minggu
Petang Tadi Saya Tengok Wayang Bersama Adik adik Sepupu Di Downtown East..
Ceritanya Amat Menghiburkan.. Banyak Part Menarik Yang Tak Dapat Saya Lupakan..
Kalau Anda Ingin Tahu Lebih Lanjut Kenalah Menonton Sendiri..
Saya Bagi **** Bintang Untuk Cerita Ni Kerana Ia Boleh Tenangkan Tension La Juga.. =D
Tuesday, February 17, 2009
:Harus Menghadapinya:
Stressnya Seminggu Kebelakangan Ni..
Dahlah Hp Buat Hal.. Orang Cari Hal..
Banyak Betul Hal hal Ni Kan..
Apa Nak Buat Ini Kan Perjalanan Hidup..
Kalau Tak Hadapinya Tak Ada Cabaranlah.. Kan3..?
Setiap Dugaan Pasti Ada Hikmah Dsebaliknya..
Bila Dan Waktunya Sahaja Kita Tak Tahu Lagi..
Mungkin Esok Tak Pun Tahun tahun Yang Akan Datang..
Memang Perit Bila Difikirkan Tapi Kalau Asyik Memikirkan Pun Boleh Jadi Sakit..
Lebih Baik Tenangkan Diri Dengan Berjalan jalan Di Airport Tau Pun Laut
Mesti Freedom Dari Masalah Walaupun Ia Hanya Sehari..
Kalau Tak Percaya Cubalah.. ;D
Tuesday, February 10, 2009
..Ke 56 Tahun..
♫Selamat Hari Lahir Bonda♫ Anaknda Doakan Bonda Sihat Wal'afiat, Panjang Umur, Dmurahkan Rezeki, Dberikan Ketabahan, Keceriaan Dan Perlindungan Dari Yang Maha Esa..
Anaknda Bangga Mempunyai Bonda.. Hati Bonda Sungguh Mulia.. Tak Pernah Berkira.. Tak Pernah Berdendam Atau Membalas Balik Kelakuan Mereka Yang Membuat Onar.. Hanya Mendoakan Yang Terbaik Untuk Mereka..
Anaknda Tak boleh Terima Kalau Ada Orang Yang Ambil Kesempatan Pada Bonda..
Apatah Lagi Cakap Belakang.. Anaknda Rasa Telinga Ni Panas Saja..
Adakala Yang Cakap Belakang Itu Orang Yang Amat Dekat Dengan Kami..
Kalau Yang Lebih Veteran Anaknda Tetap Menghormati Mereka Tapi Lebih Kepada Mendiamkan Diri.. Kalau Yang Muda Anaknda Lebih Berterus Terang Dan Sedikit Menjauhkan Diri Dari Mereka..
Walau Dah Bertahun Lamanya Hati Ini Masih Terguris Dengan Kata kata Mereka Itu..
Hati Ini sukar Untuk Menerima Mereka Dengan Sepenuh Hati..
Tapi Satu Saja Anaknda Tanamkan
'Jangan Pernah Ada Dendam Dihati'
Kerana Dendam Akan Memakan Diri..
♥Bonda Tercinta Anaknda Amat Mencintaimu Sepenuh Hati..♥
Thursday, February 5, 2009
Plan Hari Ni..
Hari Ini Nak Keluar Dengan Bonda..
Nak Cari Hadiah Hari Lahir Sepupu..
Mungkin Hadiah Yang Nak Dcari Nanti Itu Baju Kot..
Nak Cari Hadiah Untuk Kaum Adam Ni Susah Sikit..
Lagi-lagi Yang Simple-simple..
Takkan Nak Bagi Sandal Kan.. Tapi Okie Juga..
Tapi Yang Masalahnya Tak Tahu Size Kasutnya Plak..
Kalau Tanya Nanti Dah Tak Surprise.. Kan3..
Harap-harap Dah Sampai Tempat Yang Nak Dtuju Nanti Dapatlah Apa Yang nak Dcari.. =>
Wednesday, February 4, 2009
Dapat *5* Bintang
..Sinetron Pilihan..
Ceritanya Berkisahkan Keluarga,Cinta,Pengorbanan,Penyiksaan & Penuh Dengan Rahsia Dsebaliknya..
Ikuti Kisahnya Setiap Hari Di RCTI Jam 9.00 Malam..
Dilakonkan Oleh:
Alyssa Soebandono
Christian Sugiono
Nia Ramadhani

♣ Sinetron Lia ♣
Cerita Ini Penuh Dengan Airmata,Senyuman & Kasih Sayang..
Ikuti Kisahnya Setiap Hari Di RCTI Jam 7.00 Malam..
Dilakonkan Oleh:
Rachel Amanda
Lucky Perdana
Putri Titian
Nimaz Dewantary
Bobby Joseph
Stuart Collin
Ade Surya Akbar
Monday, February 2, 2009
Pictorial Answer Tagged by Kak Miszrlina
Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people. •Thankz kak rlina kalau de pape lg tag britahu ya..• ;)
I am
I really want to go to
My favourite place
My fav thing is
My favourite drink is
My favourite food is
My favourite colour is definitely
I live in
I was born in
I attended
My favourite story is
This is my hobby
And i definitely wish for
So I tag..
1♣ Kak Batrisya
2♣ Kak Zita
3♣ Kak Myra
4♣ Nyra Avantika
5♣ Eira
6♣ Azri Idzuandi
Jangan tunggu2 lagi buat dengan segera.. ;D
Subscribe to:
Posts (Atom)

