P:
Mengapa Kau Benci Aku
Selama Ini Aku Tidak Pernah Menegur Mu
Apatah Lagi Berbicara Denganmu
Tapi Mengapa Kau Harus Benci Pada Aku
Apa Salah Aku Terhadap Kau
Hingga Kau Sanggup Permalukan Aku Begini
Aku Inginkan Penjelasan Dari Kau
L:
Tanpa Penjelasan Aku
Kau Ada Jawapannya
Tapi Akan Aku Katakan
Aku Benci Kau Kerana
Sikap Kau Yang Penuh Dengan Kepura puraan
P:
Kalau Kau Tidak Mengenali Aku
Jangan Pernah Andai Yang Bukan bukan
Aku Juga Tidak Mengenalimu
Tetapi Aku Tidak Pernah Mempermalukanmu
L:
Apa Hak Kau Nak Halang Aku
Dari Membenci Kau
Walau Kau Baik Macam Mana Pun
Kau Bukan Pilihan Aku
P:
Aku Tak Minta Kau Suka Pada Aku
Aku Juga Tak Peduli
Kalau Kau Membenci Aku
Tapi Kenapa Kau Harus Mempermalukan Aku
Di Depan Teman teman
L:
Aku Saja Menguji
Agar Aku Dapat Tahu
Betapa Tegarnya Kau
Selama Ini
P:
Aku Juga Manusia Biasa
Kesabaran Aku Juga Ada Batasnya
Tapi Kalau Itu Yang Buat Kau Gembira
Bersenang senanglah
Dengan Apa Yang Ingin Kau Lakukan
L:
Kau Dah Menyerah
Atau Kau Juga Ingin Menguji Aku
P:
Aku Tiada Masa
Untuk Membalas Dendam
Seperti Cara Yang Kau
Lakukan Terhadap Aku
Itu Bukan Sikap Aku
L:
Kau Cuba Berlindung
Dari Kepura puraan
Agar Sikap Kau Di Depan Aku
Menjadi Terlalu Sempurna
Aku Takkan Percaya
Akan Kebohongan Kau
P:
Terserah...
Apa Pun Yang Kau Hendak Kata Tentang Aku
Itu Takkan Menjejaskan Kehidupanku
L:
Kau Begitu Tegar
Hampir Dua Bulan
Aku Melulakakan Hatimu
Jahatnya Aku Ini...
Mengapa Begitu Sekali Sikap Aku Terhadap Dia
Tapi Aku Takkan Menyerah
Untuk Membuat Kau
Menunjukkan Sikap Kau Yang Sebenar
P:
Carilah Apa Yang Kau Inginkan Selama Ini
Tapi Aku Yakin Kau Takkan Menemuinya
Hanya Hati Ini Jawapan Yang Kau Cari
Ianya Telah Hancur Berkecai
Akan Tuduhan Kau Terhadap Aku
L:
Aku Kesal Telah Menuduh Dan Mempermalukan Mu
Aku Silap Kerana Mempercayai Teman Dekat Mu
Rupa Rupanya Dialah Musuh Dalam Selimut
Sanggup Menuduh Mu Dan Akulah Puncanya
Aku Mohon Maaf Kerana Meyangka Buruk Terhadap Mu Selama Ini
P:
Tidak Perlu Memohon Maaf Kepada Ku
Kerana Semua Itu Telah Luput Dalam Ingatan Ku
L:
Tidak Mungkin Secepat Itu Kau Melupakannya
P:
Aku Tidak Peduli Semua Itu
Aku Hanya Minta Kau Jauh Dari Ku
L:
Tak Mungkin Aku Berjauhan Darimu
Kerana Kasih Ku Telah Berputik Apabila Melihat Ketabahan Mu
Menepis Segala Tuduhan Yang Telah Aku Ciptakan
P:
Itu Bukan Kesalahan Mu
Tak Usahlah Dirimu Rasa Bersalah
Mungkin Ini Dah Tertulis
Akhir Perkenalan Yang Tidak Dicipta
L:
Kesal... Kesal... Kesal...
Kenapa Mata Dan Hati Aku Buta Selama Ini
Semuanya Salah Aku
Kerana Tidak Menyiasat Terlebih Dahulu
Aku Bersedia Berjauhan Darimu
Tetapi Kalau Takdir Mempertemukan Kita
Suatu Hari Nanti
Aku Mohon Agar Kau Bersedia Memaafkan Ku
P:
Tiada Janji Yang Dapat Ku Berikan
Hanya Ku Berserah Kepada Yang Maha Esa