Tuesday, March 31, 2009

Terharunya Saya..

• Selendang Maniq Bersama Gelang Tangan •

Terima Kasih Mariam & Keluarga..
Buat Susah2 Saja Beri Saya Hadiah..
Hadiahnya Memang Menarik.. Saya Amat Menghargainya..

• Rupa Cupcakes Ini Hampir Serupa •

Saya Ingin Berterima Kasih Pada Anda Semua..
Terutama Sekali Mak.. Kerana Sudi Tempah Cupcakes Untu Diberikan Pada Anak2 Murid..
Begitu Juga Dengan Kak Ida Kerana Sudi Beri Cupcakes Itu Sebagai Hadiah..
Warna Aising Cupcakesnya Ungu Tau.. Menawan.. Tapi Sayang
Tak Sempat Nak Petik Gambar.. Hee.. =D

Monday, March 30, 2009

Sukan Yang D Minati


Saya Amat Meminati Sukan Renang Dari Kecil Lagi..
Pada Saya Sukan Renang Ini Boleh Buat Saya Cergas Dari Segala Aspek..
Tetapi Sayang.. Saya Tidak Dapat Peluang Untuk Mencubanya

Kerana Tempat Yang Disediakan Disini Agak Terhad..

Mungkin Kalau Diberi Kesempatan Untuk Mencubanya
Saya Pasti Akan Lakukan Dengan Sebaik Boleh..
Tapi Bila Dan Waktunya Saja Belum Dapat Ditentukan..
Semoga Suatu Hari Nanti Saya Dapat Merealisasikan Keinginan Saya Itu..

Amin..

Saturday, March 28, 2009

Pada 27-28 March

Semalam Mak Cik Saya Masak Bermacam macam Juadah Sempena Meraihkan
Hari Lahir Saya Pada Khamis Lalu..
Kemudian Saya Bersama Sepupu2 Menonton DVD..
Dah Lama Kami Tak Buat Aktiviti Sebegitu.. Kerana Semuanya Ada Urusan Masing masing..
Mungkin Kalau Ada Free Time Lagi Bolehlah Kami Buat Aktivi Itu Lagi.. Hee..

***

Tadi Saya, Mak, Mama, Papa Dan Ariff Berjalan jalan Di PP lepas Itu Kami Ke CA..
Kalau Duduk Sana Rasa Aman Saja Macam Tak Ada Masalah..
Kami Ke Ya Kun Kaya Toast Untuk Menikmati Telur Setengah Masak,
Roti Bakar Disapu Dengan Kaya Dan Mentega Serta Kopi Susu..
Pilihannya Banyak Tapi Itu Menu Yang Saya Pilih..
Rugi Kalau Tak Pergi.. Sebab Telur Setengah Masaknya Besar2..
Jarang2 Tau Dapat Menikmatinya.. ;D
♠ PP = Parkway Parade
♠ CA = Changi Airport

Thursday, March 26, 2009

♣ Semakin Meningkat ♣

* Hadiah2 Yang Saya Terima *

• Hari Ini Adalah Hari Lahir Saya Yang Ke 20 •
• Pejam Celik Dah Semakin Meningkat Umur Saya •

• Semoga Allah Beri Saya Sihat, Panjang Umur, Murah Rezeki, Tambahkan Ilmu Didada, Dapat •
• Memperbaiki Diri, Yakin Pada Diri Sendiri, Tabah Menghadapi Setiap Cubaan Yang Diberikan •
•Dan Ceria Disisi Keluarga Tercinta.. InsyaAllah Dengan Perlindungan Dan BantuanMu •

• Amin •

* Cerita yang Kami Menonton *

• Saya Tidak Menyangka Hari Lahir Saya Tahun Ni Penuh Dengan Kejutan •
• Pertama : Sepupu Saya Belanja Tengok Wayang •
• Kedua : Mak Cik & Pak Cik Saya Belanja Makan
Ketiga : Hadiah2 Yang Diberikan Menarik2..
• Keempat: Ucapan Yang Indah2 Saya Dapat Dari Teman2 •
• Saya Takkan lupa Pemberiaan Dan Doa Mereka Kepada Saya •
• Semoga Mereka Dmurahkan Rezeki Dan Ceria Selalu •


p/s: sejambak bunga coklat itu terdapat 20 biji didalamnya.. seperti bilangan usia saya..
ini adalah kali pertama saya mendapatkannya tapi bukan dari teman special tapi ia adalah
pemberian dari kawan bonda.. terima kasih cik faridah..

Wednesday, March 25, 2009

..Khas Untuk Kak Zita..


..Selamat Hari Lahir Kak Zita..
..Semoga Sentiasa Ceria Disisi Keluarga & Tersayang..
..InsyaAllah Semoga Apa Yang Dihajati Menjadi Kenyataan..
..Hope We Can Meet Each Other One Day..
..Take Care..


Because Today’s Your Birthday, And Because You’re Extra Nice,
One Wish Is Not Enough For You And So Here’s Wishing Twice…
Hoping Your Birthday’s Wonderful In Every Single Way
And Next Year Brings Happiness
For You Day After Day
..Happy Birthday..

Monday, March 23, 2009

Bercuti Pada 16 - 22 March


Mak Dengan Abah Bercuti Selama Seminggu Untuk Berehat..
Pada Hari Isnin Mak Belanja Kami Makan Di Restoran Ayam Penyet Ria
Yang Terletak Di Lucky Plaza..
Pertama Kali Saya Makan Disana Pada Tahun 2006 (KTSS) Memang Power Rasanya.. Tapi Setelah Saya Pergi Buat Kali Kedua Pada Bulan Lalu Ia Dah Kureng Power Rasanya.. Mungkin Tukang Masaknya Dah Tukar Kot..

Petangnya Mak,Abah,Mama,Papa,Cik Ros & Kak Lyna Masuk JB..
Saya Duduk Rumah Sesorang.. Malam Mak Abah Balik Belikan Saya Sabun Muka..
100% Dah Dikaji.. Buat Masa Ni Masih Menantikan Hasilnya..
Kalau Mulus Jadinya, Saya Akan Tunjukkan Produknya Pada Anda Semua..
Nantikan..

Hari-hari Seterusnya Kami Duduk Dirumah Dan Pada Hari Sabtu Saya,Mak Dengan Abah Jalan jalan Di IMM.. Tak Semena-mena Kasut Saya Terkopak, Dah Satu Hal Kena Beli Yang Baru..
Akhirnya Saya Menemukan Sepasang Kasut Hitam Yang Selesa Untuk Digayakan Dengan
Berbagai-bagai Baju.. Kami Kembali Berjalan-jalan Dan Singgah Ke BAGUS Untuk Mengisi Perut..

Keesokkannya Saya Dengan Mak Ikut Mama,Papa,Kak Lyna & Kawannya Dari Korea Ke Downtown East Sempena Meraihkan Hari Lahir Mama.. Yang Ke Berapa Eh? Lupa Pula.. =)

p/s: *KTSS = maksudnya 'kalau tak silap saya'..

Mimpi Yang Terindah


Subhanallah..

Saya Telah Mengalami Mimpi Yang Amat Menakjubkan..
Ia Terlalu Indah Untuk Saya Gambarkan..
Kalau Saya Diberi Kebolehan Untuk Melukis Sudah Pasti Ia Menjadi Tatapan Anda Semua..
Pada Saya Mimpi Itu Begitu Mengkagumkan Akan Kebesaran Allah SWT..
Saya Melihat Gunung Yang Kehijauan Itu Telah Diselubungi Salji Dan Langit Yang Kebiru biruan..

Pada Waktu Itu Hati Saya Terdetik : Ini Pasti Mimpi, Tidak Mungkin Di Negeri Saya Ada Gunung Dan Salji Sebegini Rupa..
Setelah Saya Melihat Keindahan Itu Saya Ingin Memetik Gambar Untung Kenangan,

Tetapi Apabila Saya Melihat Kembali Ia Telah Bertukar Menjadi Sedikala
Dengan Turunnya Hujan Yang Lebat..

Setelah Saya Sadar Saya Berkata kata 'Adakah Ada Sesuatu Disebalik Mimpi Saya Ini Atau Sekadar Permainan Mimpi Sahaja..'


Semuanya Saya Berserah Pada Allah SWT..
Mungkin Allah Ingin Menunjukkan Kebesarannya Kepada Saya..

Wallahu A'lam..

Saturday, March 21, 2009

Ucapan Dari Seorang Kawan


Selamat Hari Lahir S.lan..
Semoga Sihat,Panjang Umur,Murah Rezeki,Berjaya Dalam Kerjaya Dan Bahagia
Dcc Keluarga Tercinta Dan Ieka Yang Tersayang..

Saya Doakan Semoga Berkekalan Hubungan Anda Berdua..
Kalau Dah De Rancangan Nanti, Jangan Lupa Beritahu Saya Tau.. ;)

Dah Hampir 7 Tahun Saya Kawan Dengan Anda, S.lan.. Saya Berharap Sangat Anda Dapat
Jaga Kembar Saya Baik2.. Jangan Sampai Hatinya Terluka.. Rugi Kalau Anda Lepaskannya..

Terima Kasih Kerana Menghargai Persahabatan Ini..
Saya Minta Maaf Kalau Saya Tak Berbual Sangat Dengan Anda
Sejak Kebelakangan Ini.. Harap Maklum..

Thursday, March 19, 2009

• Hiburan Dimasa Lapang •


Semalam Malam Saya Bersama Dengan Sepupu2 Pergi Bermain Bowling..
Boleh Tahan Juga Score Yang Saya Raih..
Ini Adalah Kali Kedua Saya Bermain Permainan Bowling..
Waktu Pertama Kali, Saya Bermain Bersama Dengan Kawan2 Saya..
Semakin Menarik Permainannya Kalau Bermain Selalu..

Saya Berharap Di Lain Kesempatan Saya Dengan Sepupu2 Perempuan
Dapat Bersaing Dengan Sepupu2 Lelaki..

Pasti Seronok Bila Dapat Tahu Kemampuan Dari Pihak Mana Yang Berjaya Kan..?? =D

Tuesday, March 17, 2009

:Tahniah Nurul:


Saya Baru Saja Dapat Berita Terkini & Tergempaq..
Kawan Saya, Nurul Dari Rawang Akan Bertunang Pada Bulan July Ini..
A Very Unexpected Surprise.. Senyap2 Dia Da De Pilihan Hati Rupanya.. Hee..
InsyaAllah Semoga Pertunangannya Berjalan Dengan Mulus Dan Berkekalan Ke Jinjang Pelamin..
Saya Gembira Dengar Berita Ini..
Walaupun Kami Belum Bertemu Secara Empat Mata Kami Sentiasa Mengingati Antara Satu Sama lain..
Sebagai Kawan Saya Akan Selalu Mendoakan Kebahgiaannya Dalam Kehidupan Mahupun Kerjaya..
Kalau Tiada Aral Pernikahan Mereka Akan Berlangsung Pada Bulan March Tahun Hadapan..

..Temanku Nurul Shuhada
Terima Kasih Atas Kesudianmu
Menjadi Temanku..

Sunday, March 15, 2009

♥Selamat Bertunang♥


Alhamdulillah Pertunangan Kak Batrisya Telah Berjalan Dengan Mulus Pada Jam 2 Petang Tadi..
Walaupun Saya Tak Dapat Menghadirinya..
Saya Tetap Gembira Dengan Langsungnya Majlis Itu..
Saya Berharap Sangat Agar Majlis Pernikahannya Nanti Saya Dapat Menghadirinya..
Saya Dapat Tahu Majlisnya Dihadiri oleh Ramai Sanak Saudara Dari Kedua Belah Pihak..
Saya Doakan Semoga Pertunangan Mereka Berkekalan..
InsyaAllah Majlis Pernikahan Mereka Akan Berlangsung Setahun Saja Lagi..


..Kekandaku Batrisya
Terima Kasih Kerana Sentiasa Berada Disisi
Adinda Selama Ini..

Thursday, March 12, 2009

M.H Dah 21 Tahun..


Selamat Hari Lahir M.H..
Ucapan Ini Mungkin Takkan Pernah Anda Membacanya..
Kerana Anda Sendiri Tidak Mengenali Siapa Diri Ini..

Saya Doakan Semoga Anda Sihat, Panjang Umur, Murah Rezeki, Berjaya Dalam Bidang Yang Anda Ceburi Dan Kehidupan Anda Disisi Keluarga Dan Tercinta Semakin Bahagia..

Saya Rasa Mungkin Sekarang Ini Anda Dah Masuk NS Kan?
Kerana Saya Dah Lama Tak Dengar Khabar Anda Sejak Terserempak Akhir Tahun Lalu..

InsyaAllah Semoga Apa Yang Anda Impikan Selama Ini Menjadi Kenyataan..

Take Care: M.H M.H

Tuesday, March 10, 2009

• Cnetron Terkini •



Berakhir Sudah Sinetron 'Lia' Pada Ahad Yang Lalu Dan Digantikan Dengan Sinetron 'Nikita' Yang Tidak Kurang Hebatnya...

*Kisahnya Mengenai Seorang Gadis Buta Yang Baik Hati Telah Dipersalahkan Atas Kematiaan Seseorang Dan Disebaliknya Ia adalah Kakak Kandungnya Sendiri Tetapi Mereka Tidak Mengetahuinya Kerana Beberapa Tahun yang Lalu Si Gadis Buta Ini Telah Hanyut Dibawa Arus Sungai.. Sebelum Ini Matanya Tidak Buta Tapi Kerana Kemalangan Itu Ia Menjadi Buta Dan Duduk Di Panti Asuhan..

Episode Hari Ini: Si Jejaka Telah Pulang Ketanah Airnya Setelah 6 Tahun Melanjutkan Pelajaran Di Amerika.. Sebelum Ia Tiba Ditempat Yang Ingin Dituju Ia Telah Melihat Sepasang Mata Yang Selama Ini Ia Rindukan, Pada Mata Gadis Yang Berada Didepannya Itu.. Ia Adalah Nikita, Si Gadis Buta Yang Baik Hati..
Dan Ia Akan Mendapat Berita Bahawa Kekasihnya Telah Meninggal Dunia.. Kesedihannya Akan Dirasakan Bersama Pada Malam Ini..

..Ikuti Kisah Selanjutnya Di RCTI Setiap Hari Jam 7:00 Malam..

Dilakonkan Oleh: Dude Harlino, Nikita Willy, Cathy Sharon, Dirly

Sebelum Kisah Ini Mula Siaran Saya Telah Membuat Andaian Pada Watak2 Yang Saya Lihat Dari Advertisementnya Dan Saya Mendapati 70% Betul Dalam Jalan Ceritanya.. Semoga Jalan Ceritanya Menjadi Lebih Menarik Dengan Lakonan Mantap Mereka..

Monday, March 9, 2009

"12 Rabiul Awal 1430H"


Selamat Menyambut Maulidur Rasul Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Dunia..

Ingin Lebih Tahu Mengenai Kisah Rasulullah SAW
Sila Ke Laman Ini..

http://rasulullahsaw.blogspot.com/

Saturday, March 7, 2009

♠ Menjadi Pilihan ♠


..Ketam Masak Masam Manis Menjadi Pilihan Pada Hari Khamis Yang Lalu..

..Resepinya Saya Gabungkan Dari Dua Nama Popular Iaitu Rubiah Suparman & Sheila Rusly..

..Memang Sedap Rasanya.. Kalau Tak Percaya Cubalah..

Friday, March 6, 2009

..Pengertian..


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal:

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun
583H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

:Rahsia Jari Kita:


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net,
Oleh DilaDellila*

Thursday, March 5, 2009

..Sebuah Kisah Mengenai 'Pisang & Hati'..


Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid
muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."

Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

'Sumber Dari Shimi'

..Ingin Tahu Maksud Nama Bagi Huruf Pertama Nama Anda?..


Pemilihan Huruf Pertama Pada Nama Juga Adalah Penting. Berikut Sebagai Sedikit Panduan.

A: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B: Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C: Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D: Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E: Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F: Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G: Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H: Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I: Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J: Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K: Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L: Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M: Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N: Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O: Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P: Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q: Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R: Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S: Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T: Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U: Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V: Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W: Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X: Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y: Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z: Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Adakah anda begitu? Renung-renungkan.. =D

Tuesday, March 3, 2009

..Nice To See You MF..


Dua Hari Yang Lepas Saya Terserempak Dengan MF..
Memang Saya Tak Sangka Masa Itu..
Kerana Dah Hampir 3 Tahun Saya Tak Jumpa Dengan Dia..
Akhirnya Saya Dipertemukan Jua.. Macam Biasa Reaksinya Serius Banget..
Waktu Itu Saya Nak Naik Bus 21 Begitu Juga Dengan Dia..
Semasa Didalam Bus Saya Duduk Ditempat Face To Face Dan Dia Pula Duduk Dibahagian Belakang..
Sekitar 10 Minit Berada Di Tempat Yang Sama..
Dia Turun Diperhentian Bus Eunos Cresent.. Semasa Dia Melintas Didepan Saya,
Saya Dapat Lihat Air Mukanya Tiada Perubahan Masih Seperti Dulu..
Cuma Seriusnya Aje Makin Menambah.. Hee..

Semoga Dia Bahagia Dengan Keseriusannya Itu.. ;>

Sunday, March 1, 2009

:Air D Cincang Tak Akan Putus:


Dalam Pertalian Darah Tak Semua Yang Satu Hati..
Kadangkala Suka Menyakiti Antara Satu Sama Lain..
Tak Pernah Nak Berbincang Sesama Sendiri Kalau Ada Masalah Yang Dihadapi..
Suka Sangat Ikut Kata Hati Yang Sedang Panas..
Dan Cepat Melatah Kalau Ada Yang Tegur..

Walau Saling Menyakiti Sekalipun Air Dicincang Tak Akan Putus..
Cubalah Lari Kemana Sekalipun Darah Yang Mengalir Ditubuh Tak Akan Dapat Dipisahkan..
Jadi Fikir fikirlah Sebelum Mengatakan Sesuatu Yang Akan Menyakiti Antara Satu Sama Lain..
Kerana Masalah Ini Takkan Selesai Kalau Kita Menyakiti Dan Bermusuhan Selama lamanya..
Maka Bermaaf maafanlah Sebelum Ia Terlambat..

Namun Begitu, Ego Mereka Tentu Sekali Ada, Tetapi Ia Tak Akan Bertahan Lama
Kerana Mereka Akan Merindui Antara Satu Sama Lain..