Friday, August 31, 2007

Bukan Aku

Mengapa Harus Perkataan Sayang Yang Kau Ucapkan

Aku Sukar Menerima Panggilan Itu Darimu

Aku Tidak Bersedia Untuk Dipanggil Begitu

Mungkin Ramai Yang Menyukainya

Tapi Bukan Aku

Fahamilah Diri Ini

Seperti Mana Yang Kau

Kenaliku Selama Ini

Yang Harus Kau Terima

Aku Tahu Kau Pasti Kecewa
Dengan Keputusanku Ini
Tapi Itulah Yang Harus Kau Terima
Aku Tidak Mahu Hatimu Kecewa
Lebih Parah Lagi
Biarlah Kau Meyangka
Aku Hanya Ingin Mempermainkanmu
Asalkan Kau Tidak Mengetahui

Akan Kebenarannya

Aku Ingin Mengenalimu

Aku Tahu Kau Bukan Sesiapa Dalam Hidupku
Tapi Salahkah
Kalau Aku Ambil Tahu Akan Dirimu

Selama Ini Aku Cuba Mendekatimu
Untuk Lebih Rapat
Agar Aku Dapat berteman Denganmu
Tapi Apa Yang Aku Dapat
Hanya Ketidakpedulianmu Terhadapku

Aku Kecewa Ketika Itu
Tapi Aku Tidak Boleh Menyerah
Dengan Sikap Yang Kau Tunjukkan Itu
Aku Tidak Berharap Banyak
Kalau Berkesempatan
Aku Ingin Mengenalimu

Sebelum Aku Tinggalkan
Dunia Yang Fana Ini

Friday, August 17, 2007

Apa Yang Telah Ku Rasakan

Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah!
Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah!

Kesakitan yang ku rasa bagai mengawal pergerakkanku
Aku merasa sakit seperti mengalami sesuatu yang menakutkan
Bermacam-macam andaian yang aku fikirkan waktu itu
Aku rasa bagai waktu ku sudah tiba disisiNya
Aku cuba kuatkan semangat agar aku tidak lemah menghadapinya
Walau begitu aku terpaksa bertahan
Agar ia dapat dikawal
Aku bersyukur kepadamu Ya Allah!
Setelah enam hari berlalu aku sembuh dan telah
Memberi ku kesegaran seperti sediakala
Aku Rasa bagai suatu ujian yang diberikan kepadaku
Semoga dosa-dosaku terhapus Ya Allah!


Terima kasih Ya Allah!
Terima kasih Ya Allah!