Senyuman Mu Amat Menarik Minat Ku
Untuk Lebih Mengenali Mu
Tapi Ku Tahu Siapalah Diri Ini
Seorang Perempuan Yang Sukar
Untuk Berkata Serancak Teman-Teman Mu
Pada Pandangan Ku
Kau Hanya Lihat Ku Dari Sebelah Mata
Setiap Kali Ku Terlihat Sorotan Mata Mu
Yang Agak Payah Untuk Ku Fahami
Aku Belum Sedia Untuk Meluahkan
Apa Yang Aku Nak Selama Ini Dari Kau
Pada Aku Biar Ianya Berlalu Tanpa Ku Jelaskan
Mungkin Kau Sangka Dan Berkata
Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong
Sedangkan Yang Sebenarnya Bukan Begitu
Selama Ini Aku Sekadar Ingin Menjadi Teman Mu
Tidak Lebih Dari Itu
Tapi Aku Tak Paksa Untuk Kau Terima Aku Sebagai Teman Mu
Dan Aku Bersyukur Kerana Sekarang Ini
Aku Dapat Melupakan Kau Untuk Menjadi Seorang Teman
Biarlah Diri Kau Berlalu Dari Hidupku
Agar Aku Tidak Rasa Bersalah
Kerana Meminati Mu Dari Jauh Sebagai Teman...
Friday, June 8, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment