Ku Diam Bukan Bererti Ku Bisu
Ku Diam Bukan Bererti Ku Tuli
Ku Diam Bukan Bererti Ku Tidak Geram
Ku Diam Kerana Ku Tidak Mahu Mencari Kesalahan Orang Lain
Ku Diam Agar Tuhan Menunjukkan Kebenarannya
Walau Hati Terasa Perih
Ku Harus Singkirkan
Perasaan Geram Di Dalam Hati
Agar Ianya Tidak Bertambah
Menjadi Dendam
Itu Yang Amat Ku Takuti
Kalau Dendam Ada Di Dalam Hati
Pasti Tuhan Tidak Akan Memaafkan Ku
Hati Menjadi Lapang Pabila Perasaan
Geram Itu Tiada Di Dalam Hati
Tetapi Perasaan Kesal Tetap Berbekas
Di Hati Walau Sebanyak Mana Rayuan
Dan Kemaafan Yang Diungkapkan
Tetap Tidak Dapat Menghilang
Kerana Menghormati Akan Mereka
Ku Cuba Untuk Tidak Mengambil Hati
Akan Kata Kata Mereka
Agar Suatu Ketika Mereka Akan
Sedar Kesilapan Mereka Selama Ini...
Friday, May 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment