Thursday, June 12, 2008
3 Hari 2 Malam Di Melaka
30 May Yang Lalu Saya Pergi Bercuti Ke Melaka
Selama Tiga Hari Dua Malam..
Kali Ini Nenek & Datuk Saudara Ikut Serta..
Kami Mulakan Perjalanan Kesana Selepas Subuh
Kemudian Berhenti Di Sebuah Kedai Untuk Sarapan
Setelah Menikmati Roti Canai, Roti Jala & Kuih Muih
Barulah Kami Menuju Ke Destinasi..
Kami Tiba Di Melaka Sekitar 11.30 Pagi
Semasa Dalam Perjalana Ke Sana Lagu-lagu Nyanyian
Intan Nuraini & Opick Lah Yang Menghiburkan Hati Ini..
Sampai Saja Kami Terus Ke Hotel Untuk Berehat
Semasa Hendak Tempah Bilik Ramai Yang Sedang Beratur
Menunggu Giliran...
Kali Ini Hotel Yang Kami Pergi Banyak Yang Berbeza Dari Dulu
Pada Saya Dulu Lebih Memuaskan Dari Sekarang...
Seusai Solat Maghrib Barulah Kami Keluar Berjalan-jalan
Pada Mulanya Kami Ingin Keluar Siang Tetapi Semuanya
Masih Perlukan Rehat Yang Secukupnya...
Jam 10.00 Malam Barulah Kami Singgah Di Sebuah
Restoren Seafood Berhampiran Bandar Hilir...
Semasa Kami Sedang Menikmati Makan Malam
Kami Terdengar Bunyi Dentuman.. Rupa-rupanya Bunga Api
Berbagai Bentuk Menghiasi Langit Seperti Menyambut
Ketibaan Kami Pula.. Tetapi Bukan.. Sebenarnya Sempena
Meraikan Hari Tentera Kalau Tak Silap Saya..
Pada Masa Itu Juga Hujan Lebat Turun Dan Bunga Api Itu
Seperti Bersaing Dengan Guruh.. Hingga Bunga Api
Selesai Setengah Jam Kemudian...
Setelah Kami Jalan-jalan Disekitar Itu Dan Membeli Sedikit Ole-ole
Barulah Kami Balik Ke Hotel Semula...
Esoknya Setelah Kami Sarapan Kami Dah Bersiap Untuk Check-Out
Kerana Semua Hotel Dah Ditempah..
Akhirnya Kami Ke Gunung Ledang Untuk Bersiar-siar..
Ramai Pengunjung Yang Datang Kesana Untuk Berkelah Dan Mandi-manda
Pada Hujung Minggu..
Kami Ambil Keputusan Untuk Ke Tempat Lain Dan Masa Dalam
Perjalanan Mencari Hotel Kami Sempat Makan Durian Ditepi
Highway.. Enaknya Rasa.. Jangan Marah Buat Anda Semua Jeles.. Hehehe..
Akhirnya Kami Tiba Di J.B Dan Kami Dapat Tempah Sebuah Bilik
Di Hotel Yang Dari Luarnya Nampak Biasa-biasa Saja
Tapi Didalamnya Indah Dan Unik Kerana Kereta Juga Boleh Naik Lift..
Ini Pengalaman Yang Menarik Bagi Kami Semasa Membawa Jalan Orang Veteran..
Setelah Berehat Seketika Kami Keluar Semula Untuk Makan Malam
Disebuah Restoren Yang Berdekatan Dengan Hospital..
Hari Terakhir Kami Sempat Sarapan Di Restoren Yang Sama Semalam
Kemudian Jalan-jalan Dan Akhir Sekali Kami Ke Jusco Beli Roti Di Bread Talk
Untuk Menikmati Dirumah..
Ini Saja Kisah Terkini Saya Semasa Bercuti.. Tak Banyak Benda Yang Dibuat..
Kali Ini Saya Juga terlepas Untuk Beli Novel Kegemaran Saya Kerana Tempat-tempat Yang Kami Kunjung Tak Banyak Citarasa Yang Saya Inginkan..
Salam Manis Dari Saya.. Jumpa Lagi Di Lain Kisah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment