Monday, November 17, 2008
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAYIDINA ALI R.A.
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat
Semoga kita bertambah insaf dan sentiasa muhasabah diri....Insyallah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment