Friday, May 8, 2009

Menjadi L.A.A.


Lelaki Acuan Al Qur'an Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Takwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Gentar Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al Qur'an Ialah Lelaki Yang Menjaga Tutur Katanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimiliki
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicari
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikkan Kerana Sifatnya Penyayang
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak
Mempunyai Musuh Bersifat Jembalang.

Lelaki Acuan Al Qu'ran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Orang Tuanya Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumah Tangga
Yang Akan Mendidik Anak Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Dengan Keserdehanaan
Kerana Dunia Baginya Rumah Sementara Menunggu Akhirat.

Lelaki Acuan Al Qur'an Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al Qur'an Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW Dan Khalifah Ar-Rasyidin
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Sujudnya Dengan Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah SWT

Lelaki Acuan Al Qur'an Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengalunkan Ayat
Al Qur'an Dan Berzikir
Yang tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuh Dengan Kesyukuran Dan Rahmat Allah SWT
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kemalangan.

Lelaki Acuan Al Qur'an Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Di Dunia Ini perlu Dibaja Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian.

Lelaki Acuan Al Qur'an Ialah Lelaki Yang Tidak
Terpesona Dengan Buaian Dunia
Yang Kerana Dia mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya...Dialah Lelaki Acuan Al Qur'an.

( Dari Sumber Internet )

No comments: