Tuesday, March 9, 2010

Teguh Prinsip & Berkeyakinan

2:07 AM, Friday 11 December 2009

Dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w : "Mukmin Yang Kuat Adalah Lebih Baik Dan Disukai Oleh Allah Daripada Mukmin Yang Lemah, Dan Dalam Setiap Mereka Itu Ada Kebaikannya. Rebutlah Perkara2 Yang Memberi Faedah Kepada Kamu Dan Mintalah Pertolongan Dari Allah Dan Janganlah Menjadi Seorang Yang Lemah Tidak Berdaya. Sekiranya Suatu Bencana Menimpa Kamu, Janganlah Kamu Berkata, 'Kalaulah Saya Buat Begini Mesti Tak Berlaku Begini', Tapi Ucapkanlah Ianya Telah Ditakdirkan Allah Terjadi Seperti Ini Dan Jika Allah Berkehendakkan Sesuatu Pasti Berlaku, Kerana Sesungguhnya Ucapan 'Kalau' Itu Membuka Pintu Perbuatan Syaitan'. - (Muslim)

Pengajaran Hadis

* Islam Mengajar Umatnya Agar Sentiasa Berdaya Saing Dan Bersemangat Untuk Mencapai Kejayaan.

* Setiap Mukmin Ada Kebaikan Masing2.

* Umat Islam Perlu Sentiasa Pro-aktif Dan Bersedia Mengharungi Segala Cabaran Hidup.

* Umat Islam Tidak Boleh Membiarkan Dirinya Lemah Tidak Bermaya Untuk Menghadapi Urusan Kehidupan.

* Larangan Beralasan Dengan Mengucapkan 'Kalau' Untuk Melakukan Sesuatu Pekerjaan.

* Syaitan Suka Kepada Manusia Yang Banyak Beralasan Dan Tidak Menggerakkan Dirinya Untuk Melakukan Sesiatu.

* Umat Islam Adalah Umat Yang Kuat Dan Bersemangat, Bukan Umat Yang Lemah Tidak Bermaya.

No comments: