Tuesday, August 10, 2010

..Hari Kebangsaan Singapura..



Selamat Ulang Tahun Singapura Ke 45 Tahun..

♣ Ikrar ♣

: Bahasa Melayu (Asal) :

Kami, Warganegara Singapura,
Sebagai Rakyat Yang Bersatu Padu,
Tidak Kira Apa Bangsa, Bahasa, Atau Ugama,
Berikrar Untuk Membina Suatu Masyarakat Yang Demokratik,
Berdasarkan Kepada Keadilan Dan Persamaan Untuk Mencapai Kebahagiaan,
Kemakmuran Dan Kemajuan Bagi Negara.

*~*~*

: Bahasa Inggeris :

We, The Citizens Of Singapore,
Pledge Ourselves As One United People,
Regardless Of Race, Language Or Religion,
To Build A Democratic Society
Based On Justice And Equality
So As To Achieve Happiness, Prosperity And
Progress For Our Nation.

: Asal :

Vanda Miss Joaquim, satu spesis orkid, adalah bunga kebangsaan Singapura. Ia adalah hibrid di antara Vanda teres dan Vanda hookeriana dan pertama kali dijumpai di kebun Cik Agnes Joaquim pada tahun 1893. Pada 15 April 1981, selepas pengumuman oleh Menteri Kebudayaan pada ketika itu, S. Dhanabalan, bunga orkid Vanda Miss Joaquim dipilih sebagai bunga kebangsaan negara Singapura. Pemilihan ini adalah salah satu langkah untuk memupuk kebanggaan dan identiti negara.

: Signifikasi :

Bunga orkid Vanda Miss Joaquim dipilih di antara 40 jenis bunga, termasuk 30 jenis bunga orkid yang lain. Bunga ini dipilih kerana sifatnya yang keras dan tahan lama yang membolehkannya berbunga sehingga sepanjang tahun. Sifat-sifat ini mencerminkan usaha Singapura untuk maju dan berjaya di dalam semua aspek kehidupan.

No comments: