Tuesday, October 14, 2008

Salam Aidilfitri




Syawal Tahun Ini Memang Seronok Bagi Saya
Bukan Sekadar Kemenangan Dbulan Ramadhan
Tetapi Kerana Tema Rumah Dan Baju Adalah Warna Pilihan Hatiku.. Hee..

Agak2 Warna Apa Ya? Cubalah Teka!!


Yang Terpenting Dibulan Syawal Ini Kita Dapat Bermaafan Dengan Ketulusan Hati Kita
Kalau Masih Marah Itu Jangan Pura-pura Minta Maaf Pula Ya..
Nanti Tak Berkat Kemaafan Anda Itu..

Saya Mengaku Saya Lambat Bermaafan Dengan Seseorang
Tapi Saya Dah Minta Maaf Dengannya...
Masa Itu Saya Memang Tengah Geram Dengan Sikapnya Sebab Itu Saya Tak Minta Maaf
Setelah Saya Menyesalinya Saya Sedar Tak Baik Saya Lakukan Begitu Padanya
Kerana Segeram-geram Mana Pun Ia Tetap Ahli Keluarga Saya Yang Paling Saya Sayangi...
Biasalah Kena Usik Pedas-pedas Kekadang Siapa Tahan Kan?? Walaupun Bergurau..


*Tapi Janganlah Sangka Saya Tak Boleh Kena Usik Atau Bergurau Pula..
Asalkan Kena Pada Caranya Memang Saya Tak Kisah..

Dbulan Syawal Ini Juga Saya Turut Berdukacita Dengan Kehilangan Orang Yang Saya Kenali Dan Hormati..
Saya Doakan Semoga Rohnya Dcucuri Rahmat Dan Dtempatkan Dkalangan Orang Yang Soleh..




Ungu - Selamat Lebaran

sudah tiba hari kemenangan
setelah berpuasa di bulan ramadhan
mari kita saling bermaafan
di hari yg indah fitri nan bahagia

sebulan lamanya
kita mengekang nafsu
dan cobaan di bulan ramadhan

reff: selamat lebaran, selamat lebaran
raihlah kemenangan
selamat lebaran, selamat hari lebaran
mari kita saling memaafkan

dosa-dosa yg pernah terbuat
terhapuslah sudah di hari lebaran
mari kita saling memaafkan
di hari yg indah fitri nan bahagia

sebulan lamanya
kita menahan nafsu
dan cobaan di bulan ramadhan

repeat reff [2x]

selamat hari lebaran
selamat hari lebaran

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan Al - Mubarak


Pixel Code Graphics



Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Kepada Semua Umat Islam Diseluruh Dunia..
Semoga Amalan Ibadah Kita Dibulan Suci Ramadhan Ini Diterima Oleh Allah SWT..

Tuesday, August 26, 2008

4 U..




Saya Doakan Semoga Kebahgiaan Yang Dikecapi Oleh Kak Faz Dan Abang Ayib Berkekalan Selamanya..

Saya Gembira Melihat Hubungan Mereka..

Walaupun Saya Belum Mengenali Mereka Secara Terang terangan..

Tapi Saya Dapat Rasakan Mereka Pasangan Yang Serasi Dan Mudah Ramah..


! Teratak !

Di Dalam Teratak Indah

Kau Gayakan Penuh Hikmah

Membina Teratak Mawaddah

Ternyata Semuanya Sakinah.

Di Dalam Teratak Kasih

Kita Tidak Pernah Tersisih

Walau Suka Duka Bersilih

Aku Tidak Pernah Berdalih

Apatah Lagi Kasih Beralih

Di Dalam Teratak Impian

Kusalutkan Sutera Keimanan

Kusematkan Permata Ketakwaan

Kupaterikan Amanah Kejujuran

Kukuncikan Ibadah Keikhlasan

Kunyalakan Nur Kemesraan

Demi Perkukuh Kesejahteraan.

Pena: Azni Ismail..

Tuesday, August 19, 2008

De Story..


Ini Pengalaman Yang Takkan Saya Lupakan

Kisah 2 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang sedang menonton tv

Pada masa itu abangnya terlihat seekor lipas sedang berjalan di tepi tembok si abang menyuruh adiknya mengambil spray tetapi si adik menolak supaya membiarkan sahaja lipas itu tetapi abangnya yang ingin juga mematikan lipas itu mengambil spray dengan sendiri.. Semasa menyepray itu si lipas terbang dan hinggap ke kaki si abang apa lagi si abang yang terasa geli terjerit seketika pada masa itu si adik tidak tahan dan menghamburkan tawanya tapi tetap maintain agar tiada yang mendengar.. Diluar ibunya dan tetamu yang lain terkejut mendengar jeritan abangnya itu dan akhirnya adiknya berkata: itulah tadi orang bilang jangan, nak spray juga..



Pengajarannya: Dengarlah kata orang walaupun orang itu lebih muda dari anda..



Ok ke hal yang saya paparkan ini? Komen Plzz...

Friday, July 11, 2008

Pengalaman Yang Terindah..


Hari Ahad Yang Lalu Adalah Hari Yang Penuh Gembira
Kerana Saya, Mak & Mak Cik Dapat Bergambar Bersama Dayang Nurfaizah
Disebuah Acara Amal...
Yang Paling Saya Tak Sangka Salah Seorang Dari Pengawal Yang Mengiring Dayang
Adalah Kawan Kepada Abang Sepupu Saya..
Dengan Kesudiaannya Kami dipertemukan Dengan Dayang Nurfaizah Secara Terang-terangan..
Orangnya Memang Peramah.. Senang Berbual Bersama & Yang Terpenting Sekali
Senyumannya Tidak Lekang Dibibir..
Beliau Juga Meluahkan Keinginan Untuk Ke Mustafa Center..
Saya Harap Beliau Dah Pun Pergi Kesana..
Kalau Tidak Tak Mengapalah Mungkin Dilain Kesempatan..

All De Best To You Kak Dayang... ;)

Tuesday, June 17, 2008

Kisah D Tempat kerja

Hari Ini Ramai Pelanggan Yang Datang Makan..
Kakitangan Pula Tak Ramai Hanya 3 Orang Saja..
Apapun Semuanya Berjalan Lancar..
Tapi Air Muka Cashier Kurang Ceria..
Biasalah Tu..

Kebetulan Pula Hari Ni Ada 2 Meja Dah Di Tempah..
2 Kakitangan Pula Tak Datang Sebab Ada Hal..

Kerja Disana Banyak Yang Dah Saya Pelajari..
Dari Tak Reti Jadi Reti..
Dari Susah Jadi Senang..
Dari Bermacam-macam Perasaan Jadi Coolzz..
Pelbagai Ragam Manusia Dapat Dilihat Disana..
Akhirnya Pekerjaan Ini Bakal Berakhir 2 minggu Lagi..
Semoga Pengalaman Ini Akan Menjadi Kenangan Sampai Bila-bila..

Thursday, June 12, 2008

3 Hari 2 Malam Di Melaka


30 May Yang Lalu Saya Pergi Bercuti Ke Melaka
Selama Tiga Hari Dua Malam..
Kali Ini Nenek & Datuk Saudara Ikut Serta..

Kami Mulakan Perjalanan Kesana Selepas Subuh
Kemudian Berhenti Di Sebuah Kedai Untuk Sarapan
Setelah Menikmati Roti Canai, Roti Jala & Kuih Muih
Barulah Kami Menuju Ke Destinasi..

Kami Tiba Di Melaka Sekitar 11.30 Pagi
Semasa Dalam Perjalana Ke Sana Lagu-lagu Nyanyian
Intan Nuraini & Opick Lah Yang Menghiburkan Hati Ini..

Sampai Saja Kami Terus Ke Hotel Untuk Berehat
Semasa Hendak Tempah Bilik Ramai Yang Sedang Beratur
Menunggu Giliran...
Kali Ini Hotel Yang Kami Pergi Banyak Yang Berbeza Dari Dulu
Pada Saya Dulu Lebih Memuaskan Dari Sekarang...

Seusai Solat Maghrib Barulah Kami Keluar Berjalan-jalan
Pada Mulanya Kami Ingin Keluar Siang Tetapi Semuanya
Masih Perlukan Rehat Yang Secukupnya...
Jam 10.00 Malam Barulah Kami Singgah Di Sebuah
Restoren Seafood Berhampiran Bandar Hilir...

Semasa Kami Sedang Menikmati Makan Malam
Kami Terdengar Bunyi Dentuman.. Rupa-rupanya Bunga Api
Berbagai Bentuk Menghiasi Langit Seperti Menyambut
Ketibaan Kami Pula.. Tetapi Bukan.. Sebenarnya Sempena
Meraikan Hari Tentera Kalau Tak Silap Saya..
Pada Masa Itu Juga Hujan Lebat Turun Dan Bunga Api Itu
Seperti Bersaing Dengan Guruh.. Hingga Bunga Api
Selesai Setengah Jam Kemudian...
Setelah Kami Jalan-jalan Disekitar Itu Dan Membeli Sedikit Ole-ole
Barulah Kami Balik Ke Hotel Semula...

Esoknya Setelah Kami Sarapan Kami Dah Bersiap Untuk Check-Out
Kerana Semua Hotel Dah Ditempah..
Akhirnya Kami Ke Gunung Ledang Untuk Bersiar-siar..
Ramai Pengunjung Yang Datang Kesana Untuk Berkelah Dan Mandi-manda
Pada Hujung Minggu..
Kami Ambil Keputusan Untuk Ke Tempat Lain Dan Masa Dalam
Perjalanan Mencari Hotel Kami Sempat Makan Durian Ditepi
Highway.. Enaknya Rasa.. Jangan Marah Buat Anda Semua Jeles.. Hehehe..

Akhirnya Kami Tiba Di J.B Dan Kami Dapat Tempah Sebuah Bilik
Di Hotel Yang Dari Luarnya Nampak Biasa-biasa Saja
Tapi Didalamnya Indah Dan Unik Kerana Kereta Juga Boleh Naik Lift..
Ini Pengalaman Yang Menarik Bagi Kami Semasa Membawa Jalan Orang Veteran..
Setelah Berehat Seketika Kami Keluar Semula Untuk Makan Malam
Disebuah Restoren Yang Berdekatan Dengan Hospital..

Hari Terakhir Kami Sempat Sarapan Di Restoren Yang Sama Semalam
Kemudian Jalan-jalan Dan Akhir Sekali Kami Ke Jusco Beli Roti Di Bread Talk
Untuk Menikmati Dirumah..

Ini Saja Kisah Terkini Saya Semasa Bercuti.. Tak Banyak Benda Yang Dibuat..
Kali Ini Saya Juga terlepas Untuk Beli Novel Kegemaran Saya Kerana Tempat-tempat Yang Kami Kunjung Tak Banyak Citarasa Yang Saya Inginkan..

Salam Manis Dari Saya.. Jumpa Lagi Di Lain Kisah..

Sunday, May 4, 2008

Novel Kasih Ku Di Sini


Novel Kasihku Di Sini Memang Tip Top
Ceritanya Kalau Dikira - kira Boleh Habiskan Satu Hari
Tapi Disebabkan Bz Dengan Kerja Terpaksalah Habiskan Sekitar 5 Hari
Ceritanya Memang Menarik Kalau Tak Baca Memang Rugi..

Ini Ada Sedikit Sinopsis:

Kasih Itu Telah Lama Ada Di Hatinya Sejak Terpandangkan Gadis Itu.
Gadis Yang Menjadi Pelajarnya. Malangnya Kasih Itu Tidak Bersambut
Malah Dia Dihamburkan Dengan Kata-Kata Jelik Dan Menggores
Dalam Luka Di Hatinya Hingga Menerbitkan Sebungkal Semangat Yang Kental.
Kerana Kata - kata Penghinaan Itulah Dia Kini Dipandang Tinggi Oleh Masyarakat
Dan Digilai Oleh Ramai Wanita. Namun Gadis Yang Seorang Itu... Hatinya Tetap
Ibarat Ais Di Kutub. Biar Dipahat Bagaimana Sekalipun, Ia Tetap Tidak Cair.
Gadis Itu Begitu Dingin Dengannya. Apakah Tiada Ruang Langsung Di Hati Gadis Itu Untuknya? Dan Dia Sendiri... Apakah Ruang Malu Itu Sudah Tidak Bernama Lagi
Apakala Menghadapi Gadis Pujaan Hatinya? Sanggupkah Dia Membiarkan Dirinya
Serendah Itu Hanya Untuk Memiliki Hati Gadis Beku Seperti Nur Saza Itu?

Carilah Jawapannya... Selamat Membaca..

Teman Sekerja


CT Is My Cool Frenzz..
Baru Sebulan Mengenalinya Tapi Menyenangkan
Orangnya Fun & Easy Going..

Pertama Kali Kenalan Nampak Macam Sombong
Sebab Mukanya Nampak Serius Nah..
Hehee..

Bila Kali Kedua Dia Sapa Barulah Kami Akrab Hingga Kini
Semoga Keakraban Kami Kekal Selama - lamanya...

*For CT Do De Best 4 Ur Study & Secepatnya Kita Akan Keluar Bersama..*

Monday, April 14, 2008

Pandangan Saya..


Kali Ini Pemerhatian Saya Kearah

Lelaki Yang Membawa Beg Tangan Wanita..

Mengapa Perlu Lelaki Memegang Beg Tangan Wanita?

Adakah Itu Bermakna Lelaki Itu Seorang Yang Gentleman?

3 Pandangan Yang Saya Rasakan


Pertama : Ia Memperlihatkan Seperti Wanita Itu Yang Menyuruh Lelaki Itu

Kedua: Penampilan Lelaki Itu Akan Menjadi Tidak Kemas Dan Menarik Kerana Beg Tangan Wanita Itu Tersangkut Dibahu Lelaki Itu..

Ketiga: Memang Lelaki Itu Sendiri Yang Ingin Memperlihatkan Dirinya Yang Gagah Dan Kasih Pada Pasangannya


Kalau Beg Belanja Itu Ia Tidak Menjadi Masalah Kerana Lelaki Dan Wanita Boleh Membawanya..


Dari Kalangan Yang Sudah Berumah Tangga:

Boleh Saja Kalau Nak Bawa Kan Beg Isteri Tetapi Tak Perlulah Sampai Menyandang Ke Bahu Cukup Sekadar Memegangnya..



Anda Ada Jawapannya Sila Beri Komen Dibawah..


*Maaf kalau Kisah Kali Ini Anda Tidak Menyetujuinya Tapi Ini Pada Pandangan Saya..

Friday, April 4, 2008

Lembaran Biru Menggantikan Hijau


Hari Ini Saya Cuba Ubah Suasana Blog Saya..

Mungkin Dalam Seminggu Ini

Saya Akan Menghiasi Berbagai bagai Perkara

Untuk Dimasukkan Kedalam Blog Ini..

Dah Setahun Wajahnya Serupa Kali Ini

Saya Inginkan Perubahan

Agar Anda Tidak Rasa Jelak Untuk Memantaunya..

Kalau Ada Yang Ingin Beri Komen

Sila Komen Disalah Satu Kisah Ataupun Shoutbox

Untuk Lebih Dikenali..

Terima Kasih Kerana Sudi Bertapak Walaupun Sekali
.. =P

Wednesday, March 26, 2008

Hari Lahir Ku


Hari Ini Usia Ku Telah Meningkat Ke Satu Angka

Tak sangka ramai yang Beri Ucapan Dan Hadiah

Inilah Kali Pertama Ku Rasakan Suasana

Ulang Tahun Yang Berbeza Dari Tahun Tahun Sebelumnya

Kerana Tahun Tahun Lalu Tak Adalah Rasa Sebegini Rupa

Tak Kiralah Dapat Hadiah Ataupun Tidak

Yang Terpenting Doa Anda Semua

Itu Sudah Memadai Dan Amat Ku Hargainya!!


*Untuk Kak Jun Juga, Slamat Hari Lahir Ke 29 Tahun..*

Tuesday, March 25, 2008

Selamat Hari Lahir Kekanda Zita


Selamat Hari Lahir Kekanda Ku Zita..
Dah Lama Tak Berbual Bersama
Sejak Dah Ada Kerjaya Masing Masing
Masa Pun Dah Terbatas..

Walau Sesibuk Mana Kami Sentiasa Ingat
Antara Satu Sama Lain
Hal terpenting Yang Kami Takkan Lupa
Adalah... Hari Lahir...
Kerana Hari Lahir Kami Hanya Bersebelahan Hari Saja..

Ku Doakan Kekanda Zita Sihat, Panjang Umur, Murah
Rezeki, Bahagia Disis Keluarga & Tersayang Serta
Jangan Lupa Jemput Bila Nak Jamu Makan Nasi Minyak.. ;D

Monday, March 17, 2008

Percutian Yang Singkat

Percutian Kali Ini Begitu Singkat Sekali

Rasanya Belum Puas Mengelilingi Di Mid Valley Itu

Yang Baru Saja Pertama Kali Saya Bertapak Kesana

Walaupun Begitu Percutian Kali Ini Tak Sia Sia
Kerana Tempat Yang Ingin Saya Pergi Dah Pun Dituju..


Saya Berharap Kali Kedua Saya Ke Mid Valley

Dapat Membeli Belah Dan Pergi Ketempat - tempat

Yang Belum Sempat Dituju Semasa Ke KL..

Monday, March 10, 2008

Ini Yang Ku Lakukan


Dua Novel Pilihan Telah Ku Baca

Dalam 2 Minggu Ini

Ia Amat Menghiburkan Hatiku

Ia Dapat Menenangkan Hatiku

Ia Juga Memberi Ilham Kepadaku

Agar Bersemangat Melakukan Sesuatu Perkara

Hingga Ke Titik Akhir..


Membaca Dapat Melupakan Perkara Duka,

Sedih, Kecewa dan Terguris Hati Kerana Itu

Carilah Ketenangan Dengan Membaca Sesuatu

Ia Pasti Dapat Membantu..


Mungkin Segelintir Orang Merasakan

Ia Membuntukan Fikiran Bila Ada Masalah

Mana Mungkin Boleh Tumpukan Perhatian Untuk Membaca

Pastinya Lihat Pada Situasi...

Selamat Membaca..