Monday, May 11, 2009

2 May


Pada Petang Sabtu Saya,Riana,Fauzi Fuzan & Ariff Pegi Nonton Wayang Citer Ni...

Not Bad Gak Citernya.. Cuma Endingnya Tu Terlalu Singkat Saya Rasakan..
Tak Sampai 2 Jam Citernya Dah Selesai.. Kali Ini Kami Tengok Tak Ramai Penonton..
Koz Ia Preview.. Kalau Tidak Mesti Sesak..
Yang Kurangnya Citer Ni Tak Tunjuk Bagaimana Dia Boleh Tahu Bahan2 Yang
Diletak Dalam Membuat Ramen..
Tetiba Aje Dia Dah Reti Bila Dia Tengok Tuan Dia Masak..
Cam De Ketinggalan Sesuatu Dalam Citer Ni.. Hero N Heroinnya Okie2..

Sunday, May 10, 2009

' Selamat Hari ibu '




Bonda Ku Yang Tercinta..
Banyak Pengorbanan Mu Yang Tak Dapat Ku Lupakan..
Didikkan Mu, Kasih Sayang Mu, Teguran Mu..
Membuat Ku Selalu Mengerti Akan Diri Mu..
Kadang Kala Diri Ini Rasa Bersalah..
Kerana Selalu Menyusahkan Mu..
Tapi Diri Ini Akan Cuba Berusaha Untuk Mengubah Segalanya..
InsyaAllah..
Dengan Doa Dan Restu Mu..

Friday, May 8, 2009

Kenangan Yang Menyeronokkan..


Pada Selasa Pagi Semasa Saya Dengan Abah Sedang Menikmati 'Nasi Lemak'.
Abah Ceritakan Masa Zaman 1950an Kampung Abah Diseranggong (Serangoon)
Ada Jual Nasi Lemak Yang Sedap..
Yang Buat Ia Special Adalah Sambalnya Berwarna Kuning.. Ia Digiling Dengan Kelapa
Bagaimana Rasanya Tak Dapat Digambarkan.. Kerana Memang Sedap Sangat..
Tapi Sayang Sekali Kerana Tak Tahu Apa Bahan Yang Dimasukkan Semasa Membuat Sambalnya Itu.. n Kalau Sekarang Memang Takkan Jumpalah Nasi Lemak
Dengan
Sambal Yang Sebegitu.. Tapi Kalau Ada, Takkan Saya Sia2 Kan Peluang Untuk Merasanya Bersama Keluarga..

Abah Kata : Memang Dulu Makanan2 Yang Djual Semua Sedap2..
Kalau Sekarang Ni Susah Nak Jumpa Yang Benar2 Membuka Selera..
Kalau Disekolah Jarang Sekali Makan Di Kantin.. Sebab Nak Makan Makanan Yang Orang
Jual Di Luar Pagar Sekolah.. Kekadang Lepas Sekolah Kalau Nak Makan Chappati Atau Satay Rela Jalan Kaki Balik Rumah.. Berbekalkan 30 Sen Dah Cukup Bagi Apa Yang Diinginkan..
Kalau Dapat $1 Dah Banyak Dirasakan..

Memang Bezz Kalau Difikirkan..
Kalaulah Saya Dapat Kembali Ke Zaman Itu, Pasti Seronok Kan..

Menjadi L.A.A.


Lelaki Acuan Al Qur'an Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Takwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Gentar Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al Qur'an Ialah Lelaki Yang Menjaga Tutur Katanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimiliki
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicari
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikkan Kerana Sifatnya Penyayang
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak
Mempunyai Musuh Bersifat Jembalang.

Lelaki Acuan Al Qu'ran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Orang Tuanya Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumah Tangga
Yang Akan Mendidik Anak Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Dengan Keserdehanaan
Kerana Dunia Baginya Rumah Sementara Menunggu Akhirat.

Lelaki Acuan Al Qur'an Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al Qur'an Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW Dan Khalifah Ar-Rasyidin
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Sujudnya Dengan Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah SWT

Lelaki Acuan Al Qur'an Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengalunkan Ayat
Al Qur'an Dan Berzikir
Yang tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuh Dengan Kesyukuran Dan Rahmat Allah SWT
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kemalangan.

Lelaki Acuan Al Qur'an Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Di Dunia Ini perlu Dibaja Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian.

Lelaki Acuan Al Qur'an Ialah Lelaki Yang Tidak
Terpesona Dengan Buaian Dunia
Yang Kerana Dia mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya...Dialah Lelaki Acuan Al Qur'an.

( Dari Sumber Internet )

Tanpa D Sangka


Semalam Saya Ke JB Dengan Mak, Mama, Papa, Abang Dd, Kak Lyna N Cik Ros..
Masa Tengah Tunggu Abang Dd Beli Wafer Di Giant (Xtra)..
Tanpa Disangka Tepat Jam 7.30 Malam Saya Terserempak Dengan MF..
Ia Berada Disisi Kiri Saya Pada Masa Itu Dengan Keluarganya..
Kemudian Kami Jumpa Bik Simah Kerana Abang Dd Dengan Kak Lyna Nak Jumpa
Sangat Dengannya.. Setelah Berbual Sekitar Sejam Lebih kami Pun Kembali Kerumah..

Thursday, April 30, 2009

. Petang Ini .


Petang Nanti Nak Ramai2kan Suasana Hantar Sepupu Ke Airport..
Sebagai Seorang Pra Medik Dia Dihantar Bertugas Ke Thailand..
Berapa Lama Saya Tak Pasti Pula..

Semoga Selamat Perjalanannya Kesana Bersama Dengan Rakan2nya Yang Lain..
Pertama Kali Sepupu Saya Yang Seorang Ni Berjauhan Dari Keluarganya..
Harap Ia Okie2 Saja Disana..

***
Perubahan Yang Ku Nantikan
Belum Jua Ku Temui
Harapan Ku
Semoga Ia Berubah

L&L Terindah

indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Wednesday, April 29, 2009

Berakhir D Episode 124


Berakhir Sudah Sinetron Alisa Pada Hari Rabu Yang Lalu..
Endingnya Bezz Koz Mereka Dapat Anak Kembar..
Nad Meninggal.. Frisco Udah Jadi Duda Setelah Ia Nikah Sama Nad & Trus Keluar Negri..
Ibu Rima Meninggal Dan Beri Syarikatnya Pada Alisa..
Walau Banyak Dugaan Yang Ditempuh Alisa Pada Awal Cerita
Akhirnya Diberi Kesenangan Dan Kebahgiaan Pada Akhirnya..
# Sukses Pada Keluarga Sinemart Yang Udah Membikin Sinetron Alisa..

◘ Menyentuh Hati ◘




(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


# Lagu & Liriknya Memang Menyentuh Perasaan Saya..
Tak Dapat Dinafikan Kita Sebagai Manusia Tak Dapat Lari Dari Melakukan Kesilapan..

.R.A.B.U.


Alhamdulillah Selesai Jua Jahitan Leher Baju Kurung Saya..
Saya Rasa Hari Rabu Memang Hari Kebruntungan Saya Kerana
Setiap Kali Saya Mula Menjahit Pasti Berhasil Menyelesaikannya..
Semoga Berterusan Hendaknya.. Hee..
~•~
Malam Ni Saya Nak Ke MC Lagi.. Nak Cari Hadiah Special Untuk Pak Cik..
Semoga Ia Suka Dengan Pilihan Kami..
~•~
Batuk Saya Belum Berkurangan Lagi.. Tak Habis2 Mengalunkan Lagu Rock.. Hee..
Penat Dibuatnya.. Harap2 Tak Lelah Jadinya..
Macam2 Ubat Dah Makan Tapi Belum Sembuh2 Lagi..
Nampaknya Kena Banyak2 Bersabarlah Kan..

Monday, April 27, 2009

' Keluar Bersama '


Semalam Saya Jalan2 Di Geylang Dengan Bonda, Mama, Ibu Ani & Hanis..
Banyak Juga Yang Kami Beli.. Trutama Sekali Baju, Seluar Dan Tudung..
Ni Yang Susah Kalau Anak2 Dan Mak2 Dah Keluar Sama..
Pasti Macam2 Yang D Beli.. Tapi Kenalah Bajet2 Juga.. Kalau Selalu Parah Juga Kan..
Jubah Berbunga Merah Jambu Menjadi Pilihan Saya.. Warnanya Terpancar..
Memang Menarik.. Rupanya Biar Menjadi Rahsia..
Tak Baik Menunjuk nunjuk.. Nanti Tak Ada Yang Sudi Jenguk Blog Saya Ini Lagi..
=D

! D Rindui !


Hari Sabtu Lalu Saya, Bonda, Mama, Papa & Cik Ros Pergi Jumpa..

Bik Simah Dengan Keluarganya Di Johor..
Lama Tak Jumpa.. Dah Hampir 8 Tahun Kalau Tak Silap Saya..
Anak2nya Pun Dah Besar2.. Dayah Ada Di Kolej N9..
Bagaimanalah Rupanya Sekarang Ni.. Semakin Manis n Ayu Kot..
Dengar2 Dah Ada Kekasih Hati.. Semoga Berkekalan Hendaknya..
Bidang Yang Diambil Pun Bukan Calang2.. Arkitek Lagi, Koz Ia Minat
Melukis n Matematiknya Pun Mengkagumkan.. Saya Doakan
Semoga Dayah Berjaya Dalam Bidang Yang Ceburi & Sukses Selalu..
Begitu Juga Dengan Adik2 Saudara Saya Yang Lain.. Maju Terus..
Walau Payah Harus Terus Berjuang.. =)

~ H.H.L ~

Inilah Rupa Mesin Jahit Dari Bonda.. Nak Tunjukkan Yang Real Tak Jelas Gambarnya..

Hari Isnin : Mama Hadiahkan Saya Pasu Berisi Epal..

Hari Khamis : Bonda Hadiahkan Saya Mesin Jahit & Abang Suf n Kak Sya Hadiahkan Saya
USB Flora Aroma Fan..

Hari Jumaat : Ibu Ani Hadiahkan Saya Novel 'Derap2 Tasbih', Buku Masak Puan Aini Salim S2,
Cawan & Brooch..


Inilah Hadiah2nya.. Dari Abang n Kak Sya, Mama & Ibu Ani

Semuanya Cantik Dan Indah2.. Terima Kasih Semua.. Saya Amat Menghargainya..
Saya Tak Sangka Tahun Ni Boleh Dapat Hadiah Sebegini Banyak..
..Syukur Alhamdulillah..

H.H.L = Hadiah Hari Lahir

Friday, April 24, 2009

. Kejadian Yang Tak D Sangka .


Semalam Ada Kejadian Yang Tidak Disangka Terjadi..
Pihak Mereka Seperti Dihalang Sesuatu Untuk Berlalu Disekitar Kami..
Reaksi Mereka Seperti Biasa Serius Memanjang.. Saya Juga Tidak Menunjukkan Sebarang

Reaksi Pada Mereka.. Tapi Mereka Seperti Teragak agak Untuk Berlalu Duluan..
Adakah Mereka Rasa Bersalah Atau Mereka Ingin Mencari Masalah..? Wallahu 'Alam..

Tapi Dari Reaksi Mereka Masih Belum Berubah Sama Sekali..
Tapi Satu Saja Saya Boleh Terima.. Semasa Bunda Saya Sedang Berbual Dengan

Jiran Tetangga Yang Lain, Salah Seorang Dari Mereka Menunduk Semasa Berjalan..
Ia Menandakan Ia Masih Hormat Pada Orang Yang Lebih Veteran..

Mengapa Perlu Ada Persengketaan Dalam Kejiranan Kan?
Tak Baik Putuskan Tali Persaudaraan Sesama Islam..
Saya Doakan Semoga Mereka Sedar Suatu Hari Nanti..

Pada Masa Itu, Tak Perlu Ungkapkan Kemaafan Pada Kami..
Sekadar Melemparkan Senyuman.. Kami Amat Menghargainya..

Thursday, April 23, 2009

• Khas Untuk Abah •


Selamat Hari Lahir Yang Ke 65 Tahun Abah..
Semoga Abah Sentiasa Bahagia Disisi Kami..
Anakmu Doakan Agar Abah Sihat Wal'afiat, Panjang Umur, Murah Rezeki, Dilindungi, Bertambah Amalan Ibadah Dan Ceria Selalu..

U Are The Best Dad In The World..
Segala Pengorbananmu Takkan Anakmu Lupakan..
Dari Kecil Hingga Ke Besar Macam2 Ragam Anakmu Ini Kan..?
I Wish I Can Make You Proud..

Thank you Dad...
For Listening And Caring,
For Giving And Sharing,
But, Especially, For Just Being You!
Happy Birthday To You

! ~*~ !

On De Day Mak Blikan Abah Baju Kemeja 3 Helai..
Abang Blikan Kek..
N Saya Hanya Pilihkan Saja..
Hee..