Monday, December 24, 2007

Awal Kelahiran Ku

Setiap Kali Teringat
Peristiwa Masa Kecil
Senyuman Ku pasti Terukir
Kadangkala Aku Ingin Sekali
Kembali Melihat Diriku
Semasa Kecil..

Semasa Awal Kelahiran Ku
Aku Tidak Dapat Gambarkan
Bagaimana Rupa Ku Pada Waktu Itu
Daripada Cerita Ibu Ku
Aku Seperti Intan Terpilih..

Setelah Beberapa Bulan Kemudian
Aku Tidak Lagi Seperti Itu
Semuanya Telah Bertukar
Sepeti Sediakala Hingga Kini..

Kejadian Itu Mungkin Juga
Kerana Kepetahan Abangku
Yang Masih Kecil
Tapi Ia Adalah
Satu satunya Kenangan
Yang Takkan Ku Lupakan
Semasa Aku Dilahirkan
Di Dalam Dunia Yang Fana Ini..

Takbir

Setiap Kali Takbir Berkumandang
Hati Akan Terasa Sayu
Tapi Itulah Sentuhan
Yang Amat Menakjubkan

Alunan Takbir Menenangkan Hati
Yang Sedang Gelisah
Ia Dapat Mengalirkan Air Mata
Yang Kadangkala Sukar Untuk Dikeluarkan

Setiap Keegoan Pasti Akan Tumpas
Bila Menjiwai Takbir Itu
Walau Dalam Keadaan Apa Sekalipun
Takbir Pasti Akan Menyentuh Hati

Anda Semua...

Saturday, December 22, 2007

Tanggal 21 December

Sukar Untuk Aku Fahami

Apa Perasaan Yang Melanda Diriku Ini

Pada Malam Itu Aku Rasa Sangat Sedih

Hinggakan Aku Mengalirkan Air Mata

Aku Tidak Tahu Apa Ini Semua

Aku Berdoa Agar Tiada Apa Yang Akan Berlaku

Pada Keluarga Ku..

Kejadian Itu Seperti Hendak Melepaskan

Apa Yang Terbuku Dihatiku Selama Ini

Tapi Aku Cuba Mengawalnya

Agar Tidak Dilihat Oleh Keluarga Ku

Kerana Aku Tidak Ingin Keluarga Ku

Susah Hati Apabila Melihat Ku Seperti Itu..

Setelah Beberapa Minit Kemudian

Keceriaan Ku Kembali Semula

Dengan Kehebatan 'Cahaya'

Yang Menyinari Waktu Ku Setiap Hari

Luahan Hatiku

Aku Sedar Siapa Diri Aku
Aku Tak Minta Dipuji
Tapi Aku Sedih
Bila Kau Menyatakan
Aku Sebegitu Rupa

Adakah Selama Ini
Aku Sperti Itu
Selama Ini
Tak Pernah Aku Tunjukkan
Sikap Itu Di Depan Sesiapa
Walau Aku Marah Sekalipun
Aku Tak Pernah
Mempamerkan Didepan Sesiapa
Kerana Aku Masih
Menghormati Orang
Yang Lebih Dewasa Dari Aku..


Pada Aku Mengapa Aku Harus
Bersikap begitu

Kerana Tak Ada Apa Yang
Perlu Aku Lakukan Sebegitu
Terhadap Sesiapa..


Adakah Kerana Bulan
Kelahiran Ku
Membawa Persepsi Sebegitu
Dan Aku Juga
Akan Jadi Begitu...


Semua Manusia
Dikurniakan Akal oleh Allah
Semuanya Boleh Diubah
Kalau Kita Tahu Mengunakannnya
Bukan Kerana
Bulan Kelahiran Itu Yang
Penuh Dengan
Perkara negatif
Sampaikan Disangkakan
Aku Juga Sebegitu Rupa..


Aku Menghormatimu
Tapi Aku Tidak Suka
Caramu Berkomunikasi
Aku Mendoakanmu
Agar Dirimu Berubah
Di Masa Akan Datang..


Aku Tidak Berniat
Untuk Sakiti Sesiapa
Tapi Inilah Luahan Hatiku
Yang Paling Dalam..


Kadangkala Aku Fikir
Kenapa Perkara Begini
Harus Berlaku Lagi
Tidak Boleh Ke
Ini Semua Berakhir

Adakah Setelah
Aku Menutup Mata
Ini Semua akan Berakhir..

Tak Mungkin..
Kerana Di Dunia Ini
Penuh Dengan
Liku Liku Kehidupan

Hinggalah
Pada Hari Kiamat Nanti
Semuanya Akan Berakhir
Bila Berdepan

Dengan Mu Ya Allah..

Wednesday, December 5, 2007

Abang Angkat Saya

Sejak Dulu Lagi Saya Tidak Percaya Dengan Namanya Abang Angkat..
Mungkin Kerana Saya Sering Mendengar Bermacam macam Kisah Di Sekitar Saya..
Kerana Itu Saya Amat berjaga jaga Bila Hendak Berkenalan Dengan Lelaki Dewasa
Yang Ingin Anggap Saya Sebagai Adik Angkat Mereka..

Ada Kemungkin Pada Awalnya Dia Anggap Saya Sebagai Adik
Tapi Bila Dah Lama Lain Pula Jadinya..
Kerana Itu Saya terlalu Waspada Dalam Hal Ini..

Pada Awal Tahun Ini Saya Telah Mengenali Seorang Lelaki Dewasa
Yang Telah Anggap Saya Sebagai Adik Angkatnya..

Pada Waktu Itu Saya Belum Sedia Untuk Mempercayainya..
Tapi Saya Tetap Menghormatinya Dan
Memanggilnya Dengan Sebutan Abang..

Setelah Beberapa Bulan Mengenalinya Dan
Banyak Cerita Mengenai Dia Dan Keluarganya..

Akhirnya Saya Percaya Dan Yakin
Dia Boleh Menjadi Seorang Abang Angkat Yang Baik..
Segala Kesilapan Saya Dia Akan Beri Teguran Dan Nasihat..

Saya Juga Telah Menganali Wanita Yang Selama Ini Telah Mengisi Ruang Hatinya
Kalau Memang Ada Jodoh Diantara mereka
Saya Doakan Semoga Mereka Bahagia..

~ Terima Kasih Abang Ady Kerana Anggap Saya Sebagai Adik.. ~

Kepada Rakan Blog

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Melodi Yang Dialunkan Melalui Petikan Piano
Amat Menyetuh Hati

Ini Kebenaran Bukan Dusta
Saya Ikhlas Memujinya
Kerana Bakat Yang Ada Padanya
Ia Mampu Mengalunkan
Petikan Piano Itu Dengan Baik..

Tahniah Saya Ucapkan Kepada Rakan Blog Saya
Azri Idzuandi


~Maaf Kalau Pujian Saya Ini Membuat Anda Tidak Selesa..
Tapi Memang Inilah Kenyataannya.. ~

Tuesday, December 4, 2007

Ingin Sihat Kembali

Semalam Baru Saja Aku Mengalami Flu

Mungkin Kerana Alah Dengan Habuk
Ataupun Mungkin Juga Kerana Musim Sejuk
Sekarang Ini...

Hingga Kini Tidak Henti Henti
Aku Mengalunkan Irama Dalam Bersin Ku Ini
Naik Lemah Jadinya...

Keluarga Aku Juga Dah Risau Dengan Keadaan Ku
Semoga Flu Yang Ku Alami Ini Cepat Berlalu
Dan Sihat Kembali...

Kenalan Ku Dari Cyber

Seorang Kenalan Ku Dari Cyber
Yang Telah Ku Anggap Sebagai Kakak
Tulus Menyayangi Ku Seperti Adiknya Sendiri

Aku Amat Gembira
Bila Kata Kata Itu Di Luahkan Olehnya

Aku Rasakan Aku Telah Mempunyai Seorang Kakak
Yang Selama Ini Aku Inginkan

Dia Begitu Ambil Berat Terhadap Aku
Walaupun Pada Awal Perkenalan Dengannya
Aku Tidak Yakin Untuk Anggapnya Sebagai Kakak

Setelah Aku Kenalnya Dengan Lebih Dekat
Barulah Aku Yakin Dengan Keikhlasan Hatinya
Semoga Hubungan Kami Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat

InsyaAllah...

Aku Dan Dia

Ku Ukir Senyuman Ini Dengan Niat Yang Ikhlas

Tidak Pernah Terlintas Senyuman Ku Ini Ada Niat Disebaliknya

Aku Gembira Kerana Kau bersedia Berteman Denganku

Aku Tak Sehebat Mana Tapi Aku Akan Cuba Jujur Dalam berteman

Dalam Berteman Penuh Dengan Dugaan

Adakala Ia Boleh Menyebabkan Antara Satu Sama Lain bermusuhan..

Aku Bersyukur Kerana Aku Dan Dia

Dapat Mengatasinya Dengan Baik

Hingga Kini Aku Masih Berteman Dengannya...

Teman Yang Ku Cari

~ Rosnani ~ Afifah ~Nadia ~ Andini ~

Sudah 10 Tahun Kita Terpisah
Seboleh Bolehnya Saya Ingin Kita Semua
Dapat Berkumpul Semula Seperti Dahulu Kala
Walau Sehari Sekalipun Ia Sudah Memadai..

Tapi Rasanya Tak Mungkin Sehari?
Kerana Kalau Kita Dah Bertemu
Tentu Banyak Cerita Yang Ingin Dikongsi Bersama
Saya Harap Kita Dapat Kekalkan Persahabatan Kita
Seperti Dahulu..

InsyaAllah..

Teman Setia Ku

Pertama Kali Aku Mengenali Mereka Di Cyber
Aku Dapat Rasakan Seperti Kami
Sudah Mengenali Antara Satu Sama Lain

Mereka Juga begitu

Tidak Lokek Ilmu Dan Sudi Memberi Teguran

Sambil Itu Kami Berkongi Berbagai Bagai Cerita
Hinggakan Kami Menjadi Rapat Sekali

Kadangkala Ada Juga Yang Terasa Hati
Tapi Kami Dapat Menyelesaikannya

Dan Kini Mereka Yang Menjadi Teman Setia Ku