Saturday, December 22, 2007

Luahan Hatiku

Aku Sedar Siapa Diri Aku
Aku Tak Minta Dipuji
Tapi Aku Sedih
Bila Kau Menyatakan
Aku Sebegitu Rupa

Adakah Selama Ini
Aku Sperti Itu
Selama Ini
Tak Pernah Aku Tunjukkan
Sikap Itu Di Depan Sesiapa
Walau Aku Marah Sekalipun
Aku Tak Pernah
Mempamerkan Didepan Sesiapa
Kerana Aku Masih
Menghormati Orang
Yang Lebih Dewasa Dari Aku..


Pada Aku Mengapa Aku Harus
Bersikap begitu

Kerana Tak Ada Apa Yang
Perlu Aku Lakukan Sebegitu
Terhadap Sesiapa..


Adakah Kerana Bulan
Kelahiran Ku
Membawa Persepsi Sebegitu
Dan Aku Juga
Akan Jadi Begitu...


Semua Manusia
Dikurniakan Akal oleh Allah
Semuanya Boleh Diubah
Kalau Kita Tahu Mengunakannnya
Bukan Kerana
Bulan Kelahiran Itu Yang
Penuh Dengan
Perkara negatif
Sampaikan Disangkakan
Aku Juga Sebegitu Rupa..


Aku Menghormatimu
Tapi Aku Tidak Suka
Caramu Berkomunikasi
Aku Mendoakanmu
Agar Dirimu Berubah
Di Masa Akan Datang..


Aku Tidak Berniat
Untuk Sakiti Sesiapa
Tapi Inilah Luahan Hatiku
Yang Paling Dalam..


Kadangkala Aku Fikir
Kenapa Perkara Begini
Harus Berlaku Lagi
Tidak Boleh Ke
Ini Semua Berakhir

Adakah Setelah
Aku Menutup Mata
Ini Semua akan Berakhir..

Tak Mungkin..
Kerana Di Dunia Ini
Penuh Dengan
Liku Liku Kehidupan

Hinggalah
Pada Hari Kiamat Nanti
Semuanya Akan Berakhir
Bila Berdepan

Dengan Mu Ya Allah..

No comments: