Tuesday, June 9, 2009

' Rahsia Huruf Pertama Nama Anda '


A :

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa

hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B:
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahaya kan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
penyabar,
yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C :
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu

menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D :
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai

cita-cita.Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai
orang lain.

E :
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.

Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila
hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F :
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka

juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G :
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H :
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan

orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal
dan bercita-cita terlalu tinggi.

I :
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa

curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J :
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.


K :
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L :
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka

bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M :
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan

berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N :
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah

bersedih hati dan kurang percaya diri

O :
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan

suka memilih teman.

P :
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif.

Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain..
Agak pendendam dan boros.

Q :
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya

untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R :
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai

dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.
Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S :
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T :
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.

Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U :
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.

Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V :
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai menyesuaikan diri. Selain itu,

mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-ceri
tayang memikat. Tidak suka berterus terang.

W :
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi

yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X :
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah
tersinggung
dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y :
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak
berani
mengemukakan pendapat.

Z :
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa

terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


p/s : saya dapati memang itulah diri saya yang sebenar..

No comments: